HomeSukanTolonglah Jangan Biarkan Liga Malaysia Suram dan Sendu - FAM

Tolonglah Jangan Biarkan Liga Malaysia Suram dan Sendu – FAM

Penyokong perlu memainkan peranan penting dalam memastikan Liga Malaysia tidak terus suram dan berlangsung hambar seolah tiada daya tarikan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Noor Azman Rahman berkata penyokong adalah nadi penting sama ada bagi kelab-kelab di Liga Malaysia mahupun skuad kebangsaan.

Justeru berharap mereka tidak tawar hati untuk terus menunjukkan sokongan seterusnya menghidupkan semula kemeriahan yang semakin pudar.

“Jika sayang pasukan Liga Malaysia dan skuad kebangsaan perlulah hadir ke stadium memberikan sokongan padu. Walaupun menghadapi pelbagai masalah namun pemain tetap berjuang demi penyokong.

“Kekurangan penyokong ke stadium akan merencatkan lagi perjalanan pasukan. Oleh itu, orang ramai perlu bersama meriahkan lagi saingan Liga M dan terus menyokong pasukan kebangsaan,” katanya dilaporkan Arena Metro.

Kehadiran penyokong ke stadium yang merosot teruk bagi musim 2024/2025 sememangnya rancak diperkatakan sejak kebelakangan ini sehinggakan ia turut mendapat perhatian pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ramai membuat kesimpulan penjadualan tunggang-langgang oleh Malaysian Football League (MFL), serta dominasi total oleh JDT adalah punca utama Liga Malaysia hilang seri sekaligus menuju kehancuran total.

Baca Juga: MFL Jadikan Liga Malaysia Lebih Teruk – Pengkritik Sukan

Tunku Ismail bagaimanapun menepis tanggapan tersebut, dengan menyatakan ia berpunca daripada kegagalan menguruskan kelab dengan baik serta alasan demi alasan yang dicipta demi menutup kelemahan sendiri.

“Jiran rumah cantik, rumah sendiri tak terurus tetapi ada hati nak bakar seluruh kawasan perumahan. Level bodoh tahap apa ni? Ibarat rumah tak cantik tak terurus ajak orang lain beramai-ramai duduk hutan. Daripada politik sampai ke sukan, kepala out. No Wonder tak ke mana,” ujar Tunku Ismail.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!