HomeRencanaTunku Ismail: Tak Perlu Tuding Jari Salahkan Sistem Mahupun JDT

Tunku Ismail: Tak Perlu Tuding Jari Salahkan Sistem Mahupun JDT

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak faham kenapa segelintir penyokong melabel bolasepak Malaysia sebagai gagal.

Beliau menegaskan yang gagal sebenarnya bukanlah bolasepak Malaysia, tetapi individu-individu di dalam industri sukan nombor satu negara ini.

Tunku Ismail Gariskan Beberapa Fakta

Beliau menggariskan beberapa fakta untuk dihadam penyokong.

  • JDT telah berkembang menjadi pasukan nombor 1 di Asia Tenggara dan keenam di Asia berdasarkan Opta Power Rankings.
  • Malaysia juga telah layak ke Piala Asia untuk pertama kali sejak 40 tahun.
  • Prestasi JDT di Asia telah menyumbang 21.54 (68.7%) daripada 31.33 mata ranking MA Malaysia sejak 2015 hingga membenarkan lebih banyak kelab-kelab Malaysia menyertai pertandingan Asia.
  • JDT juga muncul satu-satunya kelab Asia Tenggara yang memenangi Piala AFC (2015).
  • JDT juga antara kelab yang mempunyai fasiliti terbaik – termasuk perubatan – di Asia yang menepati kehendak bola sepak moden.

“Ini antara pencapaian hebat yang pernah dicapai oleh mana-mana pasukan dalam Malaysia atau dalam industri bola sepak tempatan,” tegas Tunku Ismail.

“Jadi bagaimana bola sepak Malaysia dikira gagal apabila ada satu pasukan mampu berjaya di Asia? Disebabkan gaji tertunggak, kekurangan infrastruktur bola sepak, kekurangan pembangunan akar umbi di peringkat kelab atau pengurusan yang tidak baik?

Baca juga: Annuar Musa, Pemacu Bolasepak Kelantan ke Puncak Kemasyhuran

“Ini semua disebabkan adanya ramai individu yang tidak berkelayakan berada dalam industri sukan.

“Bolasepak tidak gagal, ianya adalah individu-individu dalam pasukan-pasukan yang gagal mengurus dan meningkatkan standard pasukan. Kemudian terdapat pihak yang sentiasa menyokong dan bukannya memberikan tekanan terhadap kegagalan itu.”

Tambah Tunku Ismail lagi, “Sebelum kita menuding jari dan mencari kesalahan pada sistem atau JDT meskipun Harimau Selatan berjaya di Asia termasuk penganugerahan ‘AFC Two-Star Academy’, ianya adalah lebih wajar jika kita melihat apa yang berlaku dari dalam dan mendesak perubahan, bermula dengan pasukan masing-masing.

“Sebuah liga dengan pasukan-pasukan yang diuruskan dengan baik serta mempunyai fasiliti moden dan pembangunan program-program akar umbi yang kuat di peringkat kelab akan meningkatkan lagi standardnya.”

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!