Kalabha Kadhala, filem thriller-erotic tahun 2006.
Jika anda telah menonton Ipar Adalah Maut ataupun Andai Tiada Dia, jangan segera simpulkan bahawa semua abang ipar adalah sama. Pantang ada kesempatan terus tahu nak curang!
Dibintangi Arya, Renuka Menon dan Akshaya sebagai teraju utama, Kalabha Kadhala merupakan filem thriller-erotic bajet rendah yang mengangkat kisah Akhilan sedaya-upaya menyelamatkan perkahwinannya daripada runtuh dek godaan adik ipar.
Kalabha Kadhala, naskhah yang menonjolkan bagaimana seorang suami mengelak curang dengan adik ipar sendiri. Dalam masa sama, meningkatkan rasa hormat kepada seorang lelaki bernama abang ipar.
Baca juga: Comali, Filem Menjentik Emosi Penuh Pengajaran
Tidak semua lelaki ada pandangan tidak baik terhadap adik ipar, tidak semua akan tewas kepada godaan dan nikmat dunia. Adik ipar dah tawarkan diri pun, dia masih fikirkan tentang isterinya.
Dia tidak mahu mengkhianati isteri, dalam masa sama menganggap seorang adik menyimpan perasaan kepada suami kakak adalah pengkhianatan dan menjijikkan.
Lebih penting, filem ini disusun dengan cukup baik sinematografi, plot, jalan cerita, lakon layar, skrip dan lakonan meskipun pengakhirannya tidak disangka, ada sedikit plot twist.
Review Ringkas Kalabha Kadhala
Pasangan Akhilan (Arya) dan Anbarasi (Renuka) menjalani kehidupan rumah tangga bahagia meskipun perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta.
Kanmani (Akshaya) yang kemudiannya datang tinggal bersama mereka kerana melanjutkan pelajaran, kagum dan hormat terhadap abang iparnya yang boleh disifatkan sebagai near-perfect husband kepada kakaknya.
Ia kemudian bertukar menjadi cinta, dan Kanmani mencuba bermacam-macam cara untuk menunjukkan, menyampaikan kepada Akhilan tentang perasaannya, meskipun sedar lelaki itu adalah suami kakaknya.
Dia sentiasa memasang angan Akhilan menjadi miliknya secara erotic, dan tidak mahu mengalah dalam usaha mendapatkan Akhilan.
Bermacam cara dicubanya, mengugut, malah dia juga cuba mewujudkan salah faham antara Akhilan dan Anbarasi.
Semakin Akhilan lari, semakin ekstrem si Akshaya. Bagaimana Akhilan bertahan dan menangani godaan dan keghairahan melampau adik iparnya, jangan lupa tonton Kalabha Kadhala.
Filem ini boleh ditonton tanpa subtitle di saluran Youtube, dan bersama sarikata Bahasa Melayu di AstroGo.