HomeSukan"Jika Fikir Pasal JDT, Ia Satu Kesilapan"

“Jika Fikir Pasal JDT, Ia Satu Kesilapan”

Walaupun berada dalam prestasi yang memuncak tepat pada waktu, pengendali Pahang Rangers, Luis Fonseca belum mahu mendabik dada.

Membimbing pasukannya melakar kemenangan keempat berturut-turut, dan yang keenam musim ini dengan menewaskan TOT United 7-2 pada Sabtu, Luis memastikan Pahang Rangers mengakhiri pusingan pertama MPFL dengan mengekori rapat JDT.

Kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan tiga mata, dengan JDT mendahului carta liga setelah mengumpul 21 mata dari tujuh perlawanan. Manakala Selangor pula di tempat ketiga dengan 15 mata.

Luis menegaskan perkara penting ketika ini adalah memastikan pasukannya tidak terbuai dan hilang fokus kerana baginya Pahang Rangers belum mencapai prestasi yang dia mahukan.

“Saya sedar ekspetasi yang diletakkan penyokong bila melihat prestasi semasa ketika ini. Mereka tidak sabar untuk melihat kita terus beraksi garang, dan tewaskan JDT pula dalam aksi di tempat sendiri yang seterusnya.

“Tetapi sebelum itu, kita ada dua perlawanan tempat lawan, menentang KL City dan TOT. Bagi saya ini yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu, bukan JDT. Liga ini bukan tentang JDT sahaja, kalau fikir tentang JDT, ia adalah satu kesilapan.

“Saya kagum dengan peningkatan dari perlawanan ke perlawanan, pemain-pemain tunjukkan keghairahan dan memacu pasukan ke landasan betul. Tetapi masalah kami yang lazim, mencipta peluang tetapi tidak menyudahkannya.

“Kami perlu lebih klinikal. Kami bermain dengan baik pada 10 minit pertama setiap babak, tetapi berdepan kesukaran untuk mengekalkan fokus untuk 40 minit. Kita tidak boleh buat kesilapan dan keciciran mata dalam aksi lain dengan hanya fokus kepada JDT,” ujar Luis.

Menentang TOT, bintang import Pahang Rangers, Matheus Moura mencuri tumpuan apabila meledak empat jaringan. Felipe de Souza, Akmarulnizam Idris dan Iqhmal Najmie Ismail menyumbang tiga gol yang lain.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!