HomeSukanJDT Bakal Juara Lagi, TMJ Kata Masih Ada Masa Bubar Liga

JDT Bakal Juara Lagi, TMJ Kata Masih Ada Masa Bubar Liga

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memuatnaik infografik senarai juara Liga Super sejak ia diperkenalkan pada 2004.

Apa yang mencuri tumpuan, baginda memberi gambaran musim baru akan terus didominasi JDT apabila meletakkan logo pasukan itu di kolum musim 2025/26 dan menutupnya dengan kain, seolah hanya menunggu masa untuk ‘didedahkan’ sebagai juara sekali lagi.

Ia disertai dengan sindiran tajam, “Masih ada masa untuk bubar liga, boikot beramai-ramai. Tunjukkan kepada dunia mentaliti sebenar Malaysia.”

Sejak bergelar juara buat kali pertama pada 2014, skuad Harimau Selatan tidak pernah lagi berpaling. Mereka telah muncul juara buat 11 kali berturut-turut, dengan empat daripada kempen mereka ditamatkan tanpa kalah (invincibles) iaitu pada 2016, 2022, 2023 dan 2024.

Malah, baru-baru ini JDT menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Sri Pahang 2-1 sekaligus melengkapkan hatrik quadruple.

Ini menjadi punca ramai yang menganggap Liga Malaysia sudah ‘mati jiwa’ dan tidak kompetitif. Mereka menyifatkan kegagalan Malaysian Football League mengawal dominasi total ini, ditambah pula dengan ketidaktegasan serta kekerapan menukar format dan peraturan, telah membawa kepada pelbagai isu luar padang — termasuk masalah kewangan dan tunggakan gaji — hingga timbul desakan agar liga dibubarkan.

Apatah lagi, satu demi satu pasukan telahpun berkubur, selain ada yang menanti masa untuk tutup kedai.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!