HomeSukanAkur Dengan Amaran FIFA, Erick Thohir Akan Lepaskan Jawatan

Akur Dengan Amaran FIFA, Erick Thohir Akan Lepaskan Jawatan

Presiden Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir mengakui beliau sudah ditegur dan diberikan amaran oleh FIFA, malah berisiko untuk didenda.

Ini berikutan tindakannya memegang dua jawatan sekaligus di dalam PSSI – beliau juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil. Seorang Presiden badan induk tidak dibenarkan memegang jawatan lain di dalam persatuan, kerana ia bertentangan dengan amalan pengurusan bolasepak antarabangsa.

Justeru itu, Erick menyatakan beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, dan melantik individu lain yang lebih tepat di kerusi tersebut.

“Saya sudah ditegur oleh FIFA. Belum ada lagi di dunia seorang presiden juga menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengadil,” kata Erick.

Beliau menjelaskan sebab utama terpaksa memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pengadil adalah kerana ingin membantu memberikan tunjuk ajar kepada Yoshimi Ogawa yang akan diangkat sepenuhnya mengetuai jabatan itu demi kemajuan sistem pengadil bola sepak di Indonesia.

“Ia adalah bersifat sementara dan transisi itu bakal berakhir. Ogawa sudah terlibat dengan kerja teknikal bersama PSSI sejak 2023 bagi menambah baik mutu pengadilan, selain mempelajari daripada Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) untuk meningkatkan kualiti pegawai perlawanan.

“Ogawa akan tertekan ketika tahun pertamanya kerana belum memahiri landskap bola sepak kita. Jadi saya hanya membantu dia sebelum melepaskan jawatan ini,” katanya lagi.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!