HomeSukan"Tunggu Pengumuman Menteri" - KP MSN Mengenai Status AMD/NFDP

“Tunggu Pengumuman Menteri” – KP MSN Mengenai Status AMD/NFDP

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin meminta semua pihak untuk bersabar untuk mengetahui tentang hala tuju Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan (NFDP).

Menurutnya, pengumuman rasmi akan dibuat Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, sama ada program akar umbi itu kekal di bawah MSN atau diambil alih oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Menteri akan buat pengumuman mengenai apa perancangan untuk program ini pada tahun hadapan,” ujarnya dipetik daripada Sukan Sinar.

AMD dan NFDP adalah program yang memberi fokus kepada bola sepak dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat muda, dan pemilihan berada di bawah FAM mungkin itu tindakan tepat bagi memudahkan segala perancangan dibuat dengan lebih terperinci.

Sejak ia diperkenalkan pada tahun 2014, MSN memainkan peranan penting terutama dalam perancangan kewangan bagi mereka menghadapi segala pertandingan sama ada di dalam atau luar negara.

Namun, ketika ini timbul pula desas-desus bahawa kemungkinan peranan utama itu akan bertukar tangan daripada MSN kepada FAM.

Dalam pada itu, Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin memaklumkan bahawa masa depan program tersebut memang giat dibincangkan, dan tidak menolak kemungkinan perubahan akan berlaku.

“Saya simpan dulu komen saya,” ujar Hamidin ringkas.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!