HomePanoramaIbu Mentua Pemain Bolasepak Kebangsaan Ditahan Polis

Ibu Mentua Pemain Bolasepak Kebangsaan Ditahan Polis

Seorang wanita berusia 46 tahun yang juga ibu mentua kepada seorang pemain bolasepak kebangsaan ditahan dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Gombak, baru-baru ini.

Wanita itu dipercayai terbabit dalam kegiatan pemalsuan cop pasport.

Harian Metromelaporkan, wanita itu ditahan bersama tiga lelaki warga Pakistan selepas kediaman mereka diserbu pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Menurut sumber, serbuan itu adalah hasil maklumat risikan berterusan pihak polis terhadap sindiket pemalsuan dokumen yang dipercayai beroperasi di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu.

“Sebelum serbuan dijalankan, polis terlebih dulu menahan seorang lelaki warga Pakistan dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan kegiatan sindiket terbabit.

“Hasil maklumat daripada tangkapan awal itu, polis kemudian menyerbu sebuah unit pangsapuri di Gombak dan berjaya menahan suspek wanita bersama tiga lagi warga asing di dalam rumah itu,” kata sumber tersebut.

Pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan turut menemui pelbagai cop rasmi membabitkan beberapa negara termasuk Pakistan, Indonesia dan Malaysia yang dipercayai digunakan untuk memalsukan dokumen perjalanan.

Kesemua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Rawang untuk siasatan lanjut, manakala semua barangan yang ditemui dirampas bagi membantu siasatan.

Difahamkan kes disiasat mengikut kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen dan Imigresen.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Polis mengesahkan menahan empat lelaki warga Pakistan dan seorang wanita tempatan pada 1 Oktober lalu.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan semua mereka direman sehingga 8 Oktober ini,” katanya.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error:Content is protected !!