HomeSukanDokumen Naturalisasi Jordan Mintah Belum Lengkap

Dokumen Naturalisasi Jordan Mintah Belum Lengkap

Hasrat penyerang naturalisasi baru, Jordan Mintah membuat penampilan sulung bersama Harimau Malaya ketika menentang Laos pada Khamis, tidak kesampaian.

Pemain Kuching City itu dipanggil buat pertama kali oleh Peter Cklamovski untuk aksi antarabangsa pada Oktober dan begitu teruja mahu menyarung jersi Malaysia, begitupun isu dokumentasi menyaksikan dia perlu menunggu sedikit masa lagi.

“Saya tidak pasti – ia adalah dokumen yang perlu disahkan berkaitan naturalisasi lima tahun, jadi perkara ini di luar kawalan saya. Saya hanya akan dimaklumkan apabila ia diluluskan, dan sebaik sahaja diluluskan, dia boleh dipanggil untuk dipilih,” ujar Cklamovski mengenai sebab Mintah tidak tersenarai ketika menentang Laos.

Untuk makluman, Mintah diperkenalkan ke Liga Malaysia pada 2020, sebelum menyarung jersi KL City seterusnya menyertai Kuching City. Dia dinaturalisasikan oleh pasukan berpangkalan di Borneo itu pada Ogos lalu.

Tanpa Mintah, serta tujuh pemain warisan – Gabriel Palmero, Hector Hevel, Imanol Machuca, Rodrigo Holgado, Facundo Garces, Joao Figueireido dan Jon Irazabal – yang digantung atas dakwaan pemalsuan dokumen, Malaysia tetap berjaya mencatat kemenangan 3-0 di gelanggang lawan.

Baca Juga: Mintah Tak Jangka Secepat Ini Ia Berlaku

Ia adalah kemenangan ketiga dalam tiga aksi buat skuad kebangsaan, menyaksikan mereka kini mendahului Kumpulan F dengan sembilan mata, manakala Vietnam di tangga kedua.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error:Content is protected !!