HomeSukanElavarasan Sudahpun Dipecat Kelantan TRW?

Elavarasan Sudahpun Dipecat Kelantan TRW?

Belumpun separuh musim Liga Malaysia berlangsung, Kelantan Darul Naim FC atau nama popular mereka Kelantan The Real Warriors sudahpun dilanda gelora.

Pasukan yang ditimbuni pelbagai masalah dalaman sebelum musim bermula itu, nampaknya telahpun memecat ketua jurulatih E.Elavarasan sebelum rehat minggu antarabangsa lagi.

Laporan TheStar mendedahkan, Elavarasan telahpun diarahkan untuk meninggalkan pasukan selepas kekalahan 1-4 kepada Terengganu dalam aksi Liga Super pada 3 Oktober.

Elavarasan dilantik baru sahaja pada Jun lalu dengan misi utama memperbaiki kedudukan pasukan itu yang mengakhiri Liga Super di tangga tercorot musim lalu, seterusnya mengembalikan kegemilangan bolasepak Kelantan.

Bagaimanapun, tidak ramai penyokong berminat dengan transformasi dipacu Tan Sri Annuar Musa yang juga presiden kelab, dengan alasan pasukan ini tiada ‘originality’ dan hanyalah sebuah pasukan salin kulit yang menukar nama saban tahun.

Walaupun merekrut ramai pemain berprofil tinggi termasuklah Ifedayo Olusegun, Habib Haroon, Nor Azam Azih, T.Saravanan, dan Sean Selvaraj; Elavarasan sedikit bergelut untuk mendapatkan output terbaik sekaligus menyaksikan Kelantan TRW sekadar mencatat tiga kemenangan dalam sembilan perlawanan termasuk Piala FA.

Dia menjadi jurulatih kedua Liga Super yang dipecat musim ini, selepas terdahulu Selangor memecat Katsuhito Kinoshi.

Tempat bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan itu, difahamkan akan diisi bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error:Content is protected !!