HomeSukanFIFA Sapu Bersih Semua 54 Kes Sepanjang Dua Tahun Lalu

FIFA Sapu Bersih Semua 54 Kes Sepanjang Dua Tahun Lalu

Ia adalah sesuatu yang ajaib seandainya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat ‘menewaskan’ FIFA di Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS).

Demikian pandangan pemerhati sukan tempatan, Datuk Christopher Raj yang juga wartawan sukan berpengalaman hampir tiga dekad. Beliau juga cukup arif dengan statut dan undang-undang FIFA berdasarkan penglibatannya sebagai pegawai media di bawah badan induk itu serta AFC sebelum ini.

Menurut Christopher, pada tahun 2023 dan 2024, daripada 54 kes yang pergi ke CAS menentang FIFA, badan induk itu menang semua 54 kes berkenaan.

“Satu keputusan yang ajaib kalau FAM menang di CAS. Jika melihat kepada fakta kes sebelum ini, apabila Jawatankuasa Disiplin FIFA jatuhkan hukuman kepada persatuan bola sepak dan Tribunal FIFA pun kekalkan keputusan itu, dekat CAS mereka (persatuan) kalah.

“Pada tahun 2023 dan 2024, daripada 54 kes yang pergi ke CAS menentang FIFA, mereka menang 54 kes itu, menang semua. Maknanya begitu solid penulisan akta undang-undang FIFA.

“Apa pun, kita sebagai peminat dan menyokong penuh demi bola sepak negara, sudah pasti kita mengharapkan FAM menang di CAS,” katanya dipetik dari BH Sukan.

Terdahulu, Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan FAM dan mengekalkan hukuman denda CHF 350,000 (RM1.8 juta) ke atas mereka atas dakwaan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan.

Tujuh pemain yang terbabit pula dikenakan hukuman penggantungan 12 bulan dan denda sebanyak CHF 2,000 (RM10,411).

Baca : Tak Perlu Membazir Lawan di CAS, FAM Terima Sahaja Kekalahan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang berperanan secara tidak langsung untuk membawa masuk pemain-pemain ini atas nama revolusi, berkata hukuman yang dijatuhkan FIFA dilihat tidak mengikut undang-undang dan bermotifkan politik.

Justeru, baginda mahu kes ini dilawan sehabis-habisnya di CAS demi memastikan tujuh pemain tersebut mendapat keadilan sewajarnya.

RELATED ARTICLES

Most Popular