HomeSukanBAM 'Rehatkan' Aaron-Wooi Yik, Pearly Thinaah

BAM ‘Rehatkan’ Aaron-Wooi Yik, Pearly Thinaah

Tiada kelibat nama besar yang akan membawa cabaran Malaysia di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) yang akan berlangsung di Qingdao, China dari 3 hingga 8 Februari depan.

Nama-nama seperti beregu wanita nombor dua dunia Pearly Tan-Thinaah Muralitharan selain Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun tiada dalam skuad diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (BAM) pada Sabtu.

Badan induk itu sebaliknya menyenaraikan barisan pemain muda, dengan Justin Hoh dan beregu lelaki Arif Junaidi-Yap Roy King menjadi sandaran besar skuad kali ini.

Perseorangan lelaki: Justin Hoh, Aidil Sholeh, Eogene Ewe, Kong Wei Xiang
Beregu lelaki: Arif-King, Haikal-Hong Jian, Aaron-Khai Xing

Perseorangan wanita: K.Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha, Oo Shan Zi
Beregu wanita: Xin Yee-Carmen, Jie Yu-Vanessa, Su Hui-Zhing Yi

Edisi kali ini menyaksikan skuad berpasukan lelaki negara yang meraih gelaran juara pada 2022 dan naib juara 2024, diundi berada dalam Kumpulan D bersama Indonesia dan Myanmar.

Manakala pasukan wanita yang muncul pemenang gangsa di edisi 2020 dan 2022 pula berada sekumpulan dengan China.

Dengan kedua-dua skuad dipenuhi pemain muda dan barisan kedua, jelas bahawa BAM mahu memberi pendedahan kepada pemain pelapis dalam kejohanan berpasukan peringkat benua ini.

Pemain-pemain utama pula pastinya diberi keutamaan untuk menghadapi Piala Thomas dan Piala Uber pada April nanti.

RELATED ARTICLES

Most Popular