HomeSukan"Saya Tak Nampak Jalan .. " - Akmal Rizal

“Saya Tak Nampak Jalan .. ” – Akmal Rizal

Pengendali Kelantan The Real Warriors, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mendedahkan pasukan itu ketika ini berdepan krisis kekurangan pemain yang menjadi cabaran besar dalam mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurutnya, pasukan itu hanya mempunyai 18 hingga 19 pemain justeru mengharapkan pengurusan dapat mengatur sesuatu untuk membantu menyelesaikan masalah itu yang mengganggu prestasi mereka.

“Konsistensi memang penting tetapi ‘squad depth’ juga penting kerana kami hanya ada pemain ini sekarang, jadi pemain yang belum cergas 100 peratus pun terpaksa dalam dalam bangku simpanan untuk perlawanan hari ini (menentang Selangor).

“Saya tidak boleh salahkan pemain kerana mereka sudah memberikan yang terbaik. Kita terpaksa menggunakan pemain yang ada untuk saingan liga dan juga Piala Cabaran.

“Saya tidak nampak jalan untuk kita mendapatkan pemain baharu dan moral pemain mungkin sedikit jatuh. Saya pasti pengurusan akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini dan saya harap mungkin ada keajaiban dalam masa terdekat ini,” kata Akmal.

Sebagai rekod, TRW ketika ini menghuni tangga ke-11 Liga Super selepas menghimpun 14 mata daripada 15 perlawanan hasil empat kemenangan dan dua seri.

Mereka juga akan meneruskan saingan dalam Piala Cabaran selepas hasrat ke suku akhir Piala Malaysia lebur apabila tewas 1-5 secara agregat di tangan Selangor FC (SFC).

Dalam aksi berlangsung timbal balik pusingan kedua yang berlangsung pada Jumaat, Kelantan TRW tewas 0-3 menerusi jaringan Faisal Halim dan dua jaringan Chrigor Moraes.

RELATED ARTICLES

Most Popular