HomeSukanSemua Exco FAM Letak Jawatan

Semua Exco FAM Letak Jawatan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Rabu mengumumkan bahawa kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025–2029, secara kolektif dan sukarela telah meletakkan jawatan mereka dengan serta-merta.

Keputusan ini dibuat secara sebulat suara, dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi dan tanpa kepentingan atau jawatan peribadi. Ia merupakan langkah berhemah dan berprinsip yang diambil susulan situasi terkini yang telah menarik perhatian umum.

Malah, Jawatankuasa Eksekutif mengambil tanggungjawab bersama dan keperluan untuk bertindak dengan cara melindungi integriti FAM.

Menurut FAM, peletakan jawatan ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

Jawatankuasa Eksekutif menegaskan bahawa mereka akan tetap memberikan kerjasama penuh kepada FIFA, AFC dan semua pihak berkepentingan yang relevan sekalipun tidak lagi memegang sebarang jawatan, selain mereka menekankan komitmen masing-masing terhadap kepentingan jangka panjang bola sepak Malaysia.

Terdahulu, portal Scoop melaporkan sembilan Exco FAM menyuarakan bantahan dan tidak bersetuju dengan cadangan untuk meletakkan jawatan beramai-ramai.

Baca: Sembilan Exco Enggan Letak Jawatan

Ini kerana ramai dalam kalangan mereka merasakan mereka mempunyai mandat untuk berkhidmat kepada bolasepak tanah air dan enggan dijadikan kambing hitam.

RELATED ARTICLES

Most Popular