HomeSukanSelangor Potong Bajet Musim Baru 10 Peratus

Selangor Potong Bajet Musim Baru 10 Peratus

Sebaik berakhirnya perlawanan terakhir bagi musim 2025/26 dengan kekalahan kepada Buriram United, Selangor FC terus merencana persiapan untuk musim baru. Kelab itu akan beraksi di musim baru Liga Malaysia, dengan peruntukkan kewangan yang lebih kecil, susulan ketiadaan perlawanan di pentas Asia.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon. Menurutnya unjuran kewangan kelab akan dikurangkan sebanyak 10 peratus daripada belanjawan keseluruhan berjumlah RM20 juta, dengan memfokuskan sepenuhnya kepada saingan domestik.

“Pihak pengurusan memberi jaminan bahawa kualiti skuad sedia ada tidak akan terjejas secara drastik, memandangkan fokus kini beralih sepenuhnya ke kancah tempatan termasuk menilai semula kuota pemain import mengikut keperluan semasa, meskipun berdepan kekangan tersebut.

“Semua pilihan pemain 100 peratus di bawah kendalian Kim Pan Gon, dengan kami sebagai pengurusan akan cuba membangun untuk menandatangani kontrak berdasarkan proses perancangan yang sudah berterusan pada hujung musim ini,” katanya.

Untuk makluman, Red Giants gagal merebut slot ke Asian Champions League setelah menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ketiga, di belakang Kuching City.

Mengenai situasi dua pemain import kelab itu, Noor Al-Rawabdeh dan Mohammad Abualnadi, yang kembali ke pangkuan skuad kebangsaan Jordan untuk menyertai kempen Piala Dunia 2026, Johan mengakui berlaku kemungkinan sukar untuk mengekalkan mereka disebab faktor peningkatan nilai komersial.

Beliau menyatakan pihak kelab akan menilai perkara tersebut dengan lebih jelas dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang, demi reputasi kelab.

“Sebenarnya kami masih dalam perbincangan, kerana sudah tentu bila seorang pemain pergi ke Piala Dunia nilai pasaran akan meningkat, sebab lebih banyak pasukan serta jurulatih akan melihat mereka. Jadi kami akan menilai bagaimana keputusan kejohanan itu nanti,” katanya.

RELATED ARTICLES

Most Popular