HomeSukanPiala ASEAN: Info Siaran Langsung Malaysia vs Timor Leste

Piala ASEAN: Info Siaran Langsung Malaysia vs Timor Leste

Perlawanan kedua Piala ASEAN Mitsubishi Electric akan menemukan Malaysia dan Timor Leste. Kedua-dua pasukan memburu tiga mata pertama setelah gagal mencatat kemenangan dalam aksi sulung pada Ahad lalu.

Malaysia diikat Kemboja 2-2 manakala Timor Leste pula dibelasah Thailand 10-0.

Berikut info siaran langsung perlawanan Malaysia dan Timor Leste yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tidak seperti perlawanan pertama di mana perlawanan disiarkan di Astro Arena 801, kali ini perlawanan akan disiarkan di Arena Bola 803.

Siaran Langsung & Live Streaming:
Malaysia vs Timor Leste

Tarikh: 11 Disember 2024 (Rabu)
Masa: 9 malam
Saluran: Astro Arena 803, Astro GO, dan sooka
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil

Apa kata Pau Marti, Pengendali Harimau Malaya:

“Semua pemain dalam keadaan baik, tidak semua pemain tersedia dengan saingan liga masih berjalan. Semua perkara ini tidak normal bagi saya. Kami akan gunakan pemain yang ada dan buat persediaan yang baik.

“Kita tidak boleh terlalu memikirkan jumlah gol. Fokus utama adalah untuk memastikan kemenangan. Setiap perlawanan sentiasa sukar tidak kira siapa lawan kita. Setiap pasukan lawan apabila membuat persiapan, mereka mahu menyukarkan kita. Jadi, kami menjangkakan perlawanan yang sukar.

Baca juga: Syamer Kutty, Adib Dipanggil Pulang Penang FC

“Tetapi jika kita ‘approach’ perlawanan ini dengan intensity tinggi dan ‘attitude’ yang betul dari awal, saya percaya tidak kira lawan itu berada di ranking lebih rendah atau lebih tinggi, kita mesti yakin bahawa kita akan menang.

“Bermain di laman sendiri, kami perlu tunjukkan karakter, tahap permainan dan perlu pastikan setiap pemain yang diberi peluang memahami bahawa bermain untuk Malaysia bukanlah tugas mudah. Fokus utama adalah pada diri sendiri, bermain sebaik mungkin dan memastikan kemenangan.”

Apa kata Simon Elissetche, Pengendali Timor Leste:

“Kami bersedia untuk aksi menentang Malaysia. Kita menganalisis potensi pemain yang diturunkan, kita tahu akan berdepan dengan pasukan yang baik. Pemain mahu beraksi lebih baik berbanding aksi sebelumnya.

“Sudah pasti kita mahu meraih kemenangan tetapi seri amat baik berdepan pasukan seperti Malaysia. Kami mahu berkembang dan cipta sejarah untuk meraih mata dalam kejohanan ini.”

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!