HomeSukanTMJ Balas Kata-Kata Boss Buriram Secara Professional

TMJ Balas Kata-Kata Boss Buriram Secara Professional

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak ‘koyak’ dengan kenyataan dibuat Pengerusi Buriram United, Newin Chidchob yang secara jelas memperlekeh kekuatan pasukannya.

Sebaliknya Tunku Ismail atau TMJ, menerima mengakui apa yang dikatakan oleh Newin dan menerimanya dengan hati terbuka. Malah beliau sempat menyelitkan komen mengenai infrastruktur dan padang dalam reaksi balasnya.

“Beliau bercakap benda betul. Liga Thai adalah lebih kompetitif dan lebih bagus. Intensitinya lebih tinggi dan infrastruktur bolasepak mereka jauh lebih baik. Terutamanya padang,” ujar TMJ.

Terdahulu, portal SNESports memuatnaik kenyataan Newin di twitter yang mengatakan JDT tidaklah sekuat mana tetapi nampak kuat kerana bermain di Liga Malaysia yang standardnya jauh berbeza dengan Liga Thailand.

Berita Berkaitan: Boss Buriram Perlekeh JDT

“Kita boleh berlawan lagi, tapi anda takkan terlepas. JDT tidak lah begitu kuat, saya perlu cakap standard Liga Malaysia tidak sama level dengan Liga Thailand.

“Saya beritahu secara jujur, walaupun JDT membawa masuk lebih ramai import, ia bukan sesuatu yang merisaukan saya. Level pemain import JDT adalah .. saya cakap ini supaya boss JDT (Tunku Ismail) akan melabur banyak lagi dan pada tahun depan kita boleh adakan satu perlawanan dan berlawan semula,” kata Newin.

Sebagai makluman, kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Asia Champions League Elite (ACLE) pada 3 Disember lalu, yang berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.

Selepas tamat enam perlawanan dalam saingan ACLE, JDT menduduki tangga keenam dengan lapan mata, manakala Buriram yang turut mengutip lapan mata di tangga kelapan, dipisahkan menerusi beza jaringan.

Foto ehsan: Instagram hrhcrownprinceofjohor

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!