HomeSukanTMJ Sudah Kenalpasti CEO Harimau Malaya, Kongsi Gambaran Awal

TMJ Sudah Kenalpasti CEO Harimau Malaya, Kongsi Gambaran Awal

Skuad kebangsaan Harimau Malaya semakin hampir untuk mendapat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berprofil tinggi.

Berdasarkan gambaran dan bayangan kriteria dikongsikan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim – CEO Harimau Malaya almost done – menunjukkan baginda telah telah mengenalpasti calon berkredibiliti dan hanya menunggu masa untuk diumumkan.

“Ketua Pegawai Eksekutif pasukan kebangsaan Malaysia mestilah seorang yang memahami bolasepak dan mengetahui selok belok sukan ini secara profesional supaya dapat menghubungkan aspek teknikal, komersial, dan hubungan interpersonal dalam bolasepak.

“Beliau juga perlu mempunyai rangkaian yang kukuh dalam industri bolasepak dengan hubungan erat bersama individu-individu yang berjaya dalam sukan ini bagi merangka hala tuju Harimau Malaya.

“Beliau mestilah bukan sahaja pernah bermain di peringkat tertinggi, tetapi juga seorang usahawan yang mampu memacu kepentingan komersial Harimau Malaya.

“Selain itu, beliau juga perlu berupaya memberi nasihat kepada liga berkenaan dasar-dasar yang boleh secara langsung dan tidak langsung meningkatkan kedudukan pasukan kebangsaan kerana liga yang kuat dengan lebih banyak pasukan yang diuruskan dengan baik akan meningkatkan standard bolasepak Malaysia,” ujar TMJ.

Sebelum ini menerusi usaha oleh TMJ yang menawarkan diri menstrukturkan semula Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Peter Cklamovski sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan.

Manakala Nafuzi Zain pula dilantik sebagai ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan atas pengalaman luasnya bekerja dengan pemain-pemain muda.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!