HomeSukanACLE : Penyokong Puji Pengadil Buat Keputusan Tepat

ACLE : Penyokong Puji Pengadil Buat Keputusan Tepat

Ketegasan ditunjukkan Alireza Faghani, jelas mendapat pujian dan tabik hormat penyokong. Ramai yang bersetuju bahawa pengadil telah membuat keputusan tepat.

Aksi Asia Champions League Elite (ACLE) pada Selasa, menyaksikan wakil negara Johor Darul Takzim (JDT) kecundang 0-1 kepada Shandong Taishan.

Ia merupakan kekalahan kedua JDT dalam lima perlawanan, meletakkan mereka di kedudukan kelima dengan tujuh mata. Shandong pula melonjak ke tangga ketujuh.

Kapten JDT Natxo Insa melepaskan geram selepas perlawanan. Dia berpendapat pengadil membuat beberapa keputusan berat sebelah, membuatkan Shandong Taishan kelihatan seperti bermain dengan 13, 14 pemain.

Natxo juga berpendapat JDT sepatutnya dihadiahkan penalti, setelah Arif Aiman dijatuhkan penjaga gol Shandong, Wang Dalei pada minit ke-32.

Namun pengadil Alireza Faghani tidak melayan permintaan JDT untuk penalti, mungkin kerana ia kelihatan terlalu soft, ataupun minimal touch.

Ketegasan ditunjukkan pengadil, jelas mendapat pujian dan tabik hormat penyokong. Ramai yang bersetuju bahawa pengadil telah membuat keputusan tepat.

“Ini kalau reff kat sini (Liga Malaysia), confirm dah penalti,” komen seorang penyokong di media sosial.

“Itulah bila kat sini dah terbiasa sentuh sikit jatuh tergolek dapat penalti, perangai manja bawa ke Asia ingat reff sana nak melayan. Ini bukan reff level kampung,” kata penyokong yang lain.

“Berulang kali jugak aku tengok ulang tayang, tak kena pun. Nasib baik pengadil bijak tak termakan wayang,” antara komen yang lain.

Statistik Menyebelahi JDT

Ada juga yang berpendapat Arif Aiman bernasib baik tidak dilayangkan kad kuning atas kesalahan menjatuhkan diri. Malahan mengikut statistik perlawanan, Shandong lebih banyak dilayangkan kad kuning, iaitu 6 berbanding JDT hanya 4.

Justeru mereka merasakan kenyataan Natxo bahawa pengadil berat sebelah adalah tidak tepat, sebaliknya terlalu ikutkan perasaan.

Berikut antara komen-komen lain di media sosial sebagai reaksi kepada kenyataan Natxo terhadap pengadil.

Begitupun, kita seharusnya mengakui JDT sudah memberikan saingan terbaik, berjaya untuk menguasai perlawanan, dan mencipta serangan-serangan berbahaya. Cuma mereka dihampakan ketumpulan serangan, jika tidak mungkin sudah berjaya untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!