HomeSukanAksi JDT Dipinda, Penyokong Sri Pahang Luah Rasa Kecewa

Aksi JDT Dipinda, Penyokong Sri Pahang Luah Rasa Kecewa

Penyokong Sri Pahang luah rasa kecewa berikutan aksi menentang JDT telah dipinda dari Temerloh ke Stadium Sultan Ibrahim.

Venue perlawanan Liga Super antara Sri Pahang dan JDT telah dipinda ke Stadium Sultan Ibrahim. Pendedahan dibuat OtaiStation pada Khamis lalu kemudiannya disusuli dengan pemakluman rasmi daripada Malaysian Football League pada Jumaat.

Berita Berkaitan: Aksi Sri Pahang dan JDT Dipinda Ke SSI

Perlawanan pada 17 Disember itu pada asalnya dijadual berlangsung di home SPFC, Stadium MP Temerloh, namun MFL memaklumkan keputusan pertukaran venue dibuat atas persetujuan kedua-dua pasukan dengan mengambil kira faktor cuaca tidak menentu di Pantai Timur.

Bagaimanapun, ia jelas bukan satu keputusan yang disambut baik penyokong. Majoriti penyokong kesayangan Sri Pahang luah rasa kecewa kerana perlawanan dipinda ke venue home pasukan lawan, bukannya gelanggang alternatif lain.

Malah ramai juga yang berpendapat pertukaran venue ini bukan cadangan pengurusan PFC sebaliknya tunduk kepada permintaan JDT yang tidak mahu bermain di padang becak (sekiranya hujan).

“Pengurusan Pahang tak bijak atau main ikut jer telunjuk MFL. 22 Disember game lawan perak kat home, jadi sepatutnya 17 Disember tu kekal jela main kat home. Tak perlu lah pemain penat nak travel dah. Dah ada advantage, disia-siakan. Habis 22 Disember tu takde pulak nak tukar venue? Takkan 17 Disember tu je hujan?” komen Amirul Azlan.

“Apa ke jadah kita home tapi main home kat venue lawan. Main la kat venue berkecuali. Itu pasal lah dah semakin tak minat nak layan bola Malaysia,” – Dhia Syadiey Rose.

“Lepas ni MFL dah boleh buat jadual baru. Semua game akan main di SSI, buat tiga syif. Main pagi, petang dan malam supaya tidak bertindih jadual. Stadium Larkin boleh buat cover up untuk game-game lain,” ujar seorang lagi penyokong.

“Kot yer pun carilah stadium negeri lain. Nampaklah adil sikit tempat berkecuali walaupun bukan home ground. Kalau dah main di SSI home “korak” apa mendenya! Menakjubkan betul bolasepak Malaysia nih!” – Hafizudin Rahim

“Satu team lembik tekok, jadi macam lembu cucuk hidung. Satu team lagi manja takleh kena air. Barangkali dia yang taknak main di padang Temerloh, tapi suruh kita yang request dengan tawarkan macam-macam benefit. Macam tak biasa pulak,” komen penyokong dengan nama Tok Gajah Fans.

“So faktor hujan dan cuaca tidak menentu ni terpakai untuk game lawan JDT jer la yer. Padahal game Selangor haritu elok jer diteruskan main di Temerloh biarpun hujan lebat, padang penuh air, becak, bola sampai tak bergerak terus. Lepas JDT, lawan Perak juga kat Temerloh, tapi yang dipinda game JDT sahaja. Jadi apa lagi penyokong akan fikir melainkan JDT yang request pindaan venue? Fikir logik akal sudah,” komen dari penyokong dengan nama Darah Mat Kilau.

Apa sekalipun, sudah tentunya keputusan bermain di Stadium Sultan Ibrahim dibuat pengurusan SPFC setelah pertimbangan yang teliti. Sepertimana dinyatakan, pastinya faktor cuaca dan keadaan padang adalah pertimbangan utama.

 

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!