HomeSukanAlvaro Gonzalez, Bukan Sebarang Kuda Tua

Alvaro Gonzalez, Bukan Sebarang Kuda Tua

Dua gol dalam penampilan sulung, itupun selepas tujuh bulan tidak bermain secara kompetitif cukup mengujakan bintang baru JDT, Alvaro Gonzalez.

Pemain dari Sepanyol itu, baru sahaja direkrut Harimau Selatan minggu lalu bagi membantu kempen Asian Champions League Elite (ACLE).

Di sebalik menjadi bahan sindiran penyokong beberapa pasukan lain berikutan umurnya yang sudah lebih 35 tahun dan berstatus veteran, Gonzalez membuktikan JDT tidak silap pilih.

Jaringannya pada minit ke-64 dan 79 membantu JDT melakar kemenangan ke atas barisan 10 pemain Central Coast Mariners dan masih dalam landasan yang tepat untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Baca Juga: Tiga Pemain Veteran La Liga Bakal Sertai JDT

Ia sekaligus menutup mulut pengkritik yang meragui keupayaan seorang pemain veteran untuk memberi impak di pentas yang besar seperti ACLE.

Apa yang menarik mengenai Gonzalez yang pernah beraksi bersama Cristiano Ronaldo di Al-Nassr, dia merupakan ejen bebas sejak meninggalkan Al-Qadsiah tujuh bulan lalu dan tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan kompetitif.

Malah, berlatih bersama JDT selepas menyertai mereka pada 4 Februari lalu adalah kali pertama dia menjalani latihan yang ‘proper’.

“Ia jaringan penting buat pasukan ini, kelab ini dan diri saya sendiri kerana saya hanya menjalani latihan di rumah sepanjang tujuh bulan dan tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif malah latihan intensif bersama JDT selama seminggu juga banyak membantu.

“Saya amat gembira kerana kelab ini memberi keyakinan yang tinggi buat saya dan kemenangan ini sudah tentu untuk keluarga saya dan termasuk kelab ini dan sememangnya bukan mudah menyesuaikan diri dengan pantas bagi mengenali corak permainan JDT,” katanya.

JDT yang ketika ini berada di tangga kelima dalam carta kedudukan ACLE dengan 11 mata, berdepan akan mara sekiranya berjaya mengelak kekalahan kepada Pohang Steelers dalam aksi terakhir pada 18 Februari nanti.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!