HomeSukanArif Aiman Jawab Dakwaan Sudah Terlalu Selesa di Liga Malaysia

Arif Aiman Jawab Dakwaan Sudah Terlalu Selesa di Liga Malaysia

Pemain sayap terkemuka tanah air, Arif Aiman terpanggil untuk menjawab dakwaan mengatakan dia tidak mahu mengambil risiko bermain dengan kelab luar negara kerana sudah terlalu selesa di Liga Malaysia.

Seorang pengguna di media sosial menulis: “Dalam beratus beribu scouting bolasepak di era sosial media, accesible data dan youtube. Takkan lah tiada seorangpun yang berkenan dengan Arif Aiman. Sekurang-kurangnya main di Liga Slovakia ke, JLeague ke? Menghairankan betul.”

Posting tersebut kemudiannya mendapat reaksi daripada seorang pengguna media sosial lain, yang menulis: “Dah selesa dekat sini, gaji sedap, tiap minggu boleh (skor) goal sebab liga takde saingan. Jadi tiada tekanan. Boss (TMJ) pun sayang, siap datang majlis kahwin, nak ambil risiko apa untuk dia keluar. Main dekat Malaysia, karier tak lama. Baik kumpul duit bebanyak daripada kembangkan karier (di luar negara). Pada akhirnya, Malaysia bukan ada function pun dari kehebatan dia.”

Bagaimanapun, Arif Aiman tidak berdiam dengan komen tersebut, sebaliknya memberi jawapan balas berikut: “Pertama sekali saya tanya, macam mana awak tahu saya selesa dan tak ada tekanan di sini? Awak tak tahu betapa besarnya struggle dan pengorbanan yang saya lakukan untuk capai ke tahap ini?

“Awak jangan buat andaian macam awak tahu diri saya macam mana dan bukan senang untuk saya capai ke tahap di mana saya berada sekarang. Kita bercakap kadang-kadang kena fikir dulu sebab awak tidak tahu saya dari bawah untuk naik sampai ke tahap ini sangat susah, banyak cabaran yang korang tidak tahu.”

Individu tersebut kemudiannya berterima kasih kepada Arif Aiman kerana tampil untuk membalas dan memberikan penjelasan. Beliau juga meminta maaf kerana membuat andaian sendiri dalam masa sama mengharapkan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia sebanyak empat kali itu akan pergi lebih jauh dalam karier dan tidak berakhir seperti pemain UAE, Omar Abdulrahman.

RELATED ARTICLES

Most Popular