HomeSukan"Cukup-Cukuplah Main Bola" - Faizal Akhirnya 'Give Up'

“Cukup-Cukuplah Main Bola” – Faizal Akhirnya ‘Give Up’

Penat merayu dan mengemis gaji sendiri yang tertunggak berbulan-bulan, akhirnya membuatkan Faizal Talib berputus asa untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain bolasepak.

Pemain sayap berasal dari Negeri Sembilan berusia 28 tahun itu mengakui sudah serik dan tawar hati untuk terus bekerja tanpa dibayar sehingga berdepan situasi cukup sukar dalam hidup.

Baginya, kerjaya yang pada awalnya menjanjikan pendapatan lumayan, kini sudah bertukar sebagai mimpi ngeri dan hanyalah indah khabar dari rupa.

“Saya sudah nekad untuk dapatkan kerja tetap dan tinggalkan kerjaya pemain profesional. Soal gaji saya sudah tak kisah, walaupun dapat sedikit tidak mengapa, asalkan ada pendapatan setiap bulan.

“Saya sudah bincang dengan keluarga, mereka kata kerja lain lagi bagus. Memang saya nak main bola, tapi fikir mengenai tanggungjawab (kepada keluarga), kita kena mengalah, ketepikan bola.

“Sudah tujuh, lapan tahun main bola, jadi saya fikir tak apa, kerja lain lagi bagus. Pemain bola sepak ini ikat kontrak memang gaji besar, tapi tak nampak pendapatan. Lagi satu kita tak tahu bila (gaji) akan masuk, kita macam tertunggu-tunggu.

“Kalau kerja, contohnya 25 hari bulan gaji masuk, jadi kita boleh merancang perbelanjaan setiap bulan. Tapi, yang ini (main bola) kita nak beli satu benda pun kita terfikir bulan itu dapat gaji ke tidak.

“Jika gaji tepat pada masa tiada masalah, ini tak pasti ada ke tidak, memang perit. Apabila sudah alami benda macam ini, saya berasa macam sudah tak boleh dan selepas fikir jauh, kerja sajalah, janji gaji tepat masa.

“Kalau bujang lagi saya boleh hadap, ini saya sudah berkahwin dan bakal menimang anak kedua. Jadi, lebih baik saya kerja lain, janji tanggungjawab saya dengan anak dan isteri lepas,” katanya dilaporkan BH Sukan.

Untuk rekod, Faizal yang berkontrak dengan Kelantan Darul Naim FC sebelum ini telah dipinjamkan ke pasukan Melaka FC dari Oktober 2024 – Februari 2025.

Dalam tempoh itu, menurutnya KDN FC sepatutnya membayar gaji pokok, manakala Melaka pula membayar elaun. Namun tiada bayaran diterima daripada KDN FC menyebabkan dia terpaksa membuat beberapa kerja lain pada bulan Ramadhan lalu untuk menyara hidup.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!