HomeSukanDalang Pemalsuan Dokumen Bukan Orang Tempatan?

Dalang Pemalsuan Dokumen Bukan Orang Tempatan?

Dua individu yang dikenal pasti polis berhubung kes pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan dipercayai merupakan ejen yang ‘pakar’ dalam menguruskan hal berkenaan dan berpengkalan di luar negara.

Menurut laporan Arena Metro, siasatan awal mendapati kedua-dua ejen terbabit memainkan peranan penting dalam menguruskan dokumen yang disyaki dipalsukan sebelum digunakan bagi tujuan tertentu.

Pihak polis kini sedang berusaha menghubungi ejen berkenaan bagi mendapatkan kerjasama serta mengambil tindakan lanjut selaras dengan peruntukan undang undang sedia ada.

Katanya, siasatan masih diteruskan dan polis tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu akan dipanggil bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Dua individu yang dikenalpasti oleh polis berkaitan pemalsuan dokumen adalah ejen yang menguruskan hal terbabit berpengkalan di luar negara.

“Sehingga didakwa polis berusaha untuk menghubungi ejen berkenaan bagi tindakan lanjut,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah mengenal pasti dua individu yang dipercayai terbabit dalam pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan yang dijalankan adalah susulan laporan polis berhubung isu pemalsuan dokumen berkaitan pendaftaran pemain terbabit.

Katanya, usaha untuk mengesahkan identiti sebenar dan mengesan kedua-dua individu yang dipercayai terbabit dalam pemalsuan dokumen yang dikemukakan kepada FIFA itu sedang giat dijalankan untuk siasatan lanjut.

Mengikut rekod, FAM membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Pemangku Presidennya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan tindakan itu dibuat selaras dengan syor Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, selepas jawatankuasa berkenaan menyiapkan siasatan Disember tahun lalu.

RELATED ARTICLES

Most Popular