Liverpool mencicirkan mata buat kali kedua berturut-turut dalam saingan English premier League setelah diikat Fulham di laman sendiri.
Mungkinkah masa buruk Liverpool sudah bermula? Itulah yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat EPL selepas pendahulu liga itu kehilangan mata sekali lagi.
Hilang empat mata dalam dua perlawanan, itulah nasib Liverpool. Setelah diikat 3-3 oleh Newcastle United dalam perlawanan terdahulu, giliran Fulham pula mencuri mata dari skuad kendalian Arne Slot.
Baca juga: Arteta Ada Nasihat Buat Liverpool
Liverpool memerlukan jaringan penyamaan lewat permainan Diogo Jota untuk menyelamatkan satu mata ketika seri 2-2 menentang Fulham di Anfield.
Skuad Arne Slot ketinggalan seawal minit ke-11 dan kemudian kehilangan pula khidmat Andrew Robertson yang dilayangkan kad merah pada minit ke-17. Selepas berjaya mengikat kedudukan menerusi Cody Gakpo di awal separuh masa kedua, mereka kembali ketinggalan melalui jaringan Rodrigo Muniz.
Hasrat Fulham mencatat kemenangan popular di Anfield bagaimanapun tidak kesampaian apabila Diogo Jota mengikat kedudukan pada minit ke-86.
Lebih menarik, keciciran mata Liverpool dalam saingan EPL bermula selepas Michael Owen mengeluarkan kenyataan kelab ini akan sekurang-kurangnya 11 mata menuju ke akhir musim. Adakah kata-kata legenda sedang menjadi kenyataan?
Berita Berkaitan: Liverpool Will Drop 11 Points or More
Meskipun kedudukan selaku pendahulu tidak tergugat, pastinya penyokong Liverpool sedikit gusar melihat jurang mata yang semakin mengecil dengan pencabar mereka, seterusnya mengharapkan The Reds tidak kehilangan lagi mata di musim perayaan yang menjelang di mana mereka akan berdepan empat perlawanan dalam 12 hari.
Di sebalik hilang dua mata, Liverpool sebenarnya menarik nafas lega melihat pencabar kejuaraan Arsenal seperti biasa, tidak menggunakan kesempatan dan merugikan peluang untuk merapatkan beza mata.
Skuad Mikel Arteta seri tanpa jaringan menentang pasukan tangga ke-15, Everton. Sepertimana Liverpool, ia keputusan seri kedua berturut-turut buat The Gunners.