HomeSukanFAM Kunci Mulut Soal Pengambilan Pemain Naturalisasi Baru

FAM Kunci Mulut Soal Pengambilan Pemain Naturalisasi Baru

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil pendekatan kunci mulut berhubung pengambilan pemain naturalisasi baru bagi memperkuatkan skuad kebangsaan, meskipun sebelum ini heboh mengatakan beberapa pemain bersedia untuk dibawa masuk.

Antara nama yang dikaitkan adalah Bergson da Silva, Giancarlo Gallifuoco serta Manuel Hidalgo namun sejak terpalit kontroversi tujuh pemain warisan palsu, FAM seolah ‘slow down’ usaha mengambil pemain warisan mahupun naturalisasi baru, mungkin mahu lebih berhati-hati agar tidak berlaku sebarang kesilapan.

Ini menyaksikan kelibat Bergson dan Gallifuoco sehingga sekarang belum dipanggil ke kem Harimau Malaya. Menurut laporan Timesport, Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman tidak dapat memberikan pendirian yang jelas ketika ditanya sama ada usaha mendapatkan pemain naturalisasi masih menjadi keutamaan badan induk itu.

“FAM akan sentiasa menilai setiap peluang berdasarkan keperluan pasukan. Paling penting, skuad kebangsaan perlu dibarisi pemain yang mampu memenuhi apa jua keperluan yang ditetapkan oleh jurulatih,” kata Azman.

Kenyataan itu tidak mengesahkan mahupun menolak kemungkinan program berkenaan akan diteruskan. FAM menghentikan program itu pada 2024, namun kelab-kelab masih meneruskan pendaftaran pemain naturalisasi secara bebas.

Dalam pada itu, dengan hanya berbaki 18 hari sebelum Harimau Malaya memulakan kempen Piala ASEAN menentang Myanmar pada 25 Julai, FAM masih belum mengumumkan senarai pemain yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Keadaan itu berbeza dengan beberapa pencabar serantau yang sudah memulakan persiapan lebih awal.

Juara bertahan Vietnam telah mengumumkan senarai 28 pemain bulan lalu di bawah kendalian Kim Sang Sik, manakala Indonesia sebelum ini turut mengumumkan senarai 23 pemain bagi kem latihan mereka.

RELATED ARTICLES

Most Popular