HomeSukanFAM Tak Masuk Campur Cari Pemain Warisan Harimau Malaya

FAM Tak Masuk Campur Cari Pemain Warisan Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan mereka tidak akan mencampuri urusan mendapatkan pemain warisan yang bermain di luar negara bagi memperkuatkan Harimau Malaya.

Penyokong bolasepak tanah air sebelum ini menerima perkhabaran bahawa inisiatif mendapatkan lebih ramai pemain warisan sedang rancak dilakukan menerusi usaha oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pencetus revolusi Harimau Malaya.

Justeru itu ramai tertanya-tanya sejauh manakah perkembangan proses itu dan berapa ramai yang betul-betul sudah dikenalpasti oleh FAM.

Baca juga: Jangan Ketepikan Pemain Tempatan – Paulo Josue

Begitupun, Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman memberitahu, pengurusan baru Harimau Malaya di bawah Rob Friend dan ketua jurulatih, Peter Cklamovski akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memantau dan mengenalpasti pemain yang tepat kerana mereka lebih arif dalam perkara itu.

“Kita menyerahkan kepada barisan kejurulatihan untuk menentukan pemain kacukan yang akan dibawa mewakili skuad kebangsaan.

“Setakat ini, tiada lagi pemain kacukan yang berada dalam pengurusan baharu skuad Harimau Malaya. Mungkin dalam proses pencarian kerana mahu yang berkualiti mewakili negara.

“Pada masa sama, sudah pastinya barisan kejurulatihan tidak mahu terburu-buru memilih pemain kacukan kerana perlu mengenal pasti identiti selain turut memenuhi kriteria ditetapkan. Tugas FAM adalah menguruskan dokumentasi sebaik menerima senarai nama,” katanya seperti dilaporkan Arena Metro.

Sebelum ini, laman pemantau bakat frfuturetalents mencuri tumpuan apabila mendedahkan lebih 30 pemain sebagai berdarah campuran dan layak mewakili Malaysia.

Namun maklumat disalurkan mereka kemudian didapati palsu apabila seorang demi seorang tampil menafikan kaitan dengan Malaysia termasuklah Josh Brownhill, Isaac Hayden dan Iggy Houben.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!