HomeSukanGiliran Bekas Import Selangor Pula 'Serang' Johan Kamal

Giliran Bekas Import Selangor Pula ‘Serang’ Johan Kamal

Kenyataan CEO Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon bahawa beliau mempunyai idea untuk menyelesaikan masalah kewangan dan menyelamatkan Liga Malaysia yang semakin tenat nampaknya terus menjadi bahan jenaka.

Susulan kenyataan itu, Johan seolah ‘diserang’ secara peribadi – jika sebelum ini dia dihentam bekas pemain kebangsaan Dato’ Zainal Abidin Hassan, kali ini giliran bekas pemain import pasukan itu, Alfonso De La Cruz pula melepaskan geram dan mentertawakannya.

De La Cruz yang bermain dengan Selangor pada 2018 menganggap Johan tidak layak memberi cadangan atau pandangan untuk selamatkan Liga Malaysia sebaliknya fokus untuk perbetulkan masalah dalaman kelab itu.

“Saya sangat terkejut awak (Johan) mahu tampil berikan cadangan, cadangan untuk selamatkan liga dan bolasepak kononnya pada ketika awak menipu pemain, sudah bertahun awak berhutang dengan saya dan ramai lagi rakan sepasukan saya.

“Awak adalah talam dua muka, di depan lain, di belakang ada agenda lain. PINOCCHIO! Bayar dulu hutang kemudian tengoklah jika boleh menang setidaknya satu piala. Awak tukar 30 jurulatih, bawa masuk 100 import tapi tak pernah menang apa-apa.

“Sekali lagi, saya tunggu jawapan awak. Selesaikan dulu masalah yang awak sendiri cetuskan, yang mana penuh dengan penipuan, selepas itu bolehlah selesaikan masalah orang lain. Awak sedang memperbodohkan diri sendiri,” ujarnya De La Cruz.

Bagaimanapun, bekas penjaga gol Selangor FC yang juga rakan sepasukan De La Cruz waktu itu, Khairul Azhan Khalid tampil untuk memperbetulkan kenyataan pemain itu yang menurutnya tidak berapa tepat.

“Saya rasa komen awak langsung tidak betul. Saya salah seorang pemain ketika awak bermain, Piala FA 2018 itu adalah pengurusan lama. Jadi tiada keperluan untuk tipu atau sebagainya seperti awak kata memandangkan ia pengurusan lama.

“Selepas pengurusan baru ambil alih, tiada masalah bayaran tertunggak. Maaf jika saya salah, Kalau ada sesiapa dari pengurusan lama berjanji secara peribadi dengan awak, pergi bercakap dengan dia, simple,” tegur Khairul Azhan.

RELATED ARTICLES

Most Popular