HomeSukanHamidin Diminta Buat U-Turn Kerana Tiada Pengganti Sesuai

Hamidin Diminta Buat U-Turn Kerana Tiada Pengganti Sesuai

Hamidin digesa memikirkan semula keputusan melepaskan jawatan Presiden FAM kerana tiada sesiapa yang dilihat layak menggantikannya.

Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin diminta memikirkan semula hasrat untuk tidak mempertahankan jawatannya pada bulan Februari depan.

Ejen bolasepak terkemuka yang juga Pengarah Urusan Action Football Asia, Effendi Jagan Abdullah ketika menyuarakan pendapat itu berkata, ini kerana tiada individu berkredibiliti yang layak menggantikan Hamidin.

Sambil memuji etika kerja Hamidin, Effendi juga menyatakan misi orang no.1 FAM itu belum selesai terutama membabitkan Peta Halatuju F:30.

“Saya pernah bekerja dengan Hamidin ketika di Selangor dan banyak berurusan dengannya sejak beliau berada di FAM. Beliau memiliki etika yang bagus dalam bekerja dan ketika di Selangor, jam 7 pagi beliau sudah ada di pejabat.

Baca juga: Pengunduran Hamidin Satu Kehilangan Besar

“Memang beliau sudah umum akan tinggalkan FAM, tapi buat masa ini saya berasa tiada individu yang boleh ganti tempat beliau. Yang boleh ganti beliau ketika ini hanya Tunku Mahkota Ismail.

“Pada pendapat saya, kalau boleh beliau ubah fikiran dan terus menerajui FAM bagi satu penggal lagi. Ia untuk beliau habiskan misi terutama F:30, projek Pusat Latihan Kebangsaan dan pejabat FAM yang baharu.

“Kita tiada orang macam beliau setakat ini. Hamidin amat memahami bola sepak Malaysia dengan beliau sudah lama termasuk menjadi Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Presiden di FAM, selain pernah bersama Selangor.

“Malah, beliau juga mempunyai hubungan yang bagus termasuk di dalam dan luar negara. Kita perlukan seseorang seperti itu untuk menguruskan bola sepak negara,” katanya kepada BH Sukan.

Hamidin baru-baru ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden FAM di Kongres FAM yang akan berlangsung pada Februari. Ini sebagai memberi ruang kepada badan induk itu dipimpin wajah baru.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!