HomeSukan"Korang Mungkin Bersimpati, Aku Cakap Padan Muka"

“Korang Mungkin Bersimpati, Aku Cakap Padan Muka”

Bekas kapten Jerman, Lotthar Mathaus tidak berselindung dalam menyatakan dia gembira melihat Brazil tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2026 dengan menyifatkan pasukan itu sudah hilang aura sebuah pasukan digeruni.

Menurut Mathaus yang mengetuai Jerman menjulang Piala Dunia 1990, tumpuan berlebihan diberikan kepada Neymar sedangkan yang berhempas pulas mahu menyelamatkan maruah negara itu adalah pemain-pemain lain, tatkala Neymar sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik dan lebih mengejar gemilang peribadi.

“Korang mungkin bersimpati dengan Brazil atau Neymar, tetapi aku cakap padan muka. Aku cukup gembira tengok diorang tersingkir. Brazil yang aku kenal, yang aku pernah lawan bukan begini. Mereka sangat menggerunkan.

“Brazil waktu aku dikenali kerana pemain yang berkarakter, pasukan yang menghiburkan. Bukan penuh dengan pemain yang suka merungut, banyak kerenah atas padang, suka provoke pemain lawan, sedang ketinggalan pun macam takde nafsu nak bangkit.

“Kau tengok insiden penalti jer la, apa sepatutnya Neymar buat? Ehh pasukan kau sedang ketinggalan 0-2, dapat penalti betul-betul hujung game. Kau sepatutnya bergegas pergi ambil penalti, dah masuk gol, kutip bola, gesa rakan sepasukan bangkitkan semangat mereka, cakap belum habis lagi ni, jom-jom kita cari gol tak kisah laa yang berbaki itu 30 saat sekalipun. Itu role model sebenar.

“Ini tidak, dapat penalti, dia pergi bertekak dengan keeper Norway, layan provokasi. Come on laa, keeper provoke tu normal laa, kau tu bintang besar pergi layan buat apa. Nak tunjuk ego kau lagi besar? Kau sendiri tak tunjuk contoh yang baik, lepas tu team tersingkir menangis teresak-esak macam budak. Nak suruh orang bersimpati?”

Mathaus juga menjadikan Kylian Mbappe sebagai contoh role model yang baik dan jauh lebih matang dalam era bolasepak moden.

“Keadaan ini sangat berbeza dengan Perancis. Malah bintang hebat seperti Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele memahami bahawa kejayaan hanya akan hadir menerusi kesepaduan pasukan. Ketika kemenangan 1-0 ke atas Paraguay, mereka meletakkan diri mereka sehingga ke tahap maksimum demi pasukan,” ujarnya.

RELATED ARTICLES

Most Popular