HomeSukan"Saya Tak Sedar Apa Saya Cakap" -Natxo Insa Mohon Maaf

“Saya Tak Sedar Apa Saya Cakap” -Natxo Insa Mohon Maaf

Kapten Johor Darul Takzim, Natxo Insa memohon maaf atas keterlanjurannya mengkritik pengadil ketika pasukannya tewas kepada Shandong Taishan dalam aksi Asia Champions League Elite bulan lalu.

Pemain veteran itu mengakui dia sebenarnya tidak sedar apa yang dia cakap sehinggalah melihat kembali video post-match interview yang tular di media sosial.

“Saya perlu minta maaf kepada penyokong di China dan pihak pertandingan itu sendiri. Saya tidak sedar apa yang saya cakap sehinggalah saya menonton semula video itu dan saya rasa kesal dengan kata-kata saya.

“Saya betul-betul frust pada waktu itu memandangkan kami memberi tentangan serius pada perlawanan itu dan berhak menang, yang pastinya akan menjadi langkah besar di dalam mencapai objektif layak ke playoff AFC CL buat kali kedua dalam sejarah. Itu punca rasa marah saya bercakap bagi pihak saya.

“Ini tidak akan berlaku lagi, saya berharap penyokong bolasepak dan AFC dapat memahami cinta dan keghairahan saya kepada bolasepak yang membuatkan perasaan kadang-kadang tidak dapat dikawal.

“Terutamanya cinta kepada Johor yang telah saya bersama selama tujuh tahun dan saya sangat mahu bermain di satu lagi playoff ACL dalam musim yang mungkin menjadi musim terakhir saya sebagai pemain profesional.

“Sekali lagi, kepada semua yang terkesan dengan kata-kata saya, maafkan saya. Saya tiada sebarang niat peribadi, hanya mahukan yang terbaik untuk JDT,” kata Natxo Insa.

Berita Berkaitan: Penyokong Puji Pengadil Buat Keputusan Tepat

Pada perlawanan tersebut, JDT tewas 0-1 menerusi jaringan Zeca, dengan Natxo berpendapat keputusan perlawanan mungkin berbeza jika perlawanan berlangsung lebih adil.

“Kami dilayangkan beberapa kad kuning dalam tempoh 30 minit pertama, ia bukan sesuatu yang normal. Kami menentang pasukan dibarisi 13-14 pemain, itu adalah perbezaan dalam perlawanan ini,” kata Natxo Insa ketika itu.

Malah dia juga berpendapat JDT dinafikan sepakan penalti setelah Arif Aiman dikasari, namun tidak diendahkan pengadil.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!