HomePanoramaGelagat Mencuit Hati Pelakon Generasi: Perfect 10

Gelagat Mencuit Hati Pelakon Generasi: Perfect 10

Jika baru-baru ini kelibat barisan pelakon drama Generasi: Perfect 10 di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika Malaysia menewaskan Laos menjadi tumpuan lensa cameraman, kali ini mereka tampil dengan gelagat mencuit hati ketika diajukan soalan berkaitan bolasepak oleh Stadium Astro.

Dalam video pendek tersebut, pelakon-pelakon utama drama tersebut antaranya Arena Wan Mun-Yi, Arabella Ellen dan Aaliyah Natasha diajukan diajukan beberapa soalan asas berkaitan bola sepak seperti maksud offside, chip dan diving.

Masing-masing terkebil-kebil dan try harduntuk memberikan jawapan. Malah reaksi spontan dan polos mereka itu yang diringi gelak tawa besar cukup mencuit hati dan menghiburkan penonton.

Mereka juga kelihatan genuine, tidak cuba untuk berlagak tahu dan tidak malu memperlihatkan bahawa mereka sememangnya kurang arif mengenai istilah bolasepak. Ia lantas mengundang pujian netizen yang kagum dan jatuh hati dengan sikap sporting dan keperibadian pelakon-pelakon ini.

Bagiamanaun, beberapa pelakon seperti Dhabita Auji dan Aiman Ameer pula dilihat mempunyai pengetahuan dan berjaya memberikan penjelasan tepat tentang istilah yang ditanya.

Penyokong-penyokong bolasepak terutamanya menganggap konten ini bukan sahaja dilihat lucu, tetapi dalam masa sama bersifat mendidik.

Untuk makluman, Generasi: Perfect 10 ialah sebuah drama remaja terbaharu bertemakan sukan yang menghimpunkan barisan pelakon hebat lain seperti Sofea Jane, Sharifah Sakinah, Daniel Fong dan Qi Razali.

Ia mengisahkan tentang cabaran dan perjalanan dalam mengejar impian serta membina nama dalam dunia sukan, sambil menelusuri kisah persahabatan, perseteruan dan obsesi yang menguji semangat setiap watak.

Walaupun pelakon-pelakon mudanya mungkin masih ‘offside’ dalam dunia bola sepak, jelas sekali mereka sudah berjaya menjaringkan gol dalam mencuri hati penonton melalui keaslian dan kecomelan mereka di skrin – dan juga di luar skrin.

RELATED ARTICLES

Most Popular