HomeTFC Sangkal Dakwaan FIFA

TFC Sangkal Dakwaan FIFA

Pengurusan Terengganu FC (TFC) tegas mempertahankan bahawa kelab itu berdepan dengan sebarang masalah tunggakan gaji yang berbangkit.

Justeru TFC menafikan dakwaan FIFA bahawa mereka masih berhutang dengan bekas pemain import musim lalu, Ivan Mamut sehingga membawa kepada sekatan perpindahan oleh badan induk bolasepak dunia itu.

Lebih parah, sekatan itu membabitkan tiga jendela perpindahan sekaligus menyaksikan skuad Penyu tidak dapat mendaftarkan pemain import dan tempatan yang baharu pada Januari nanti.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, TFC menjelaskan sudah menjalankan tanggungjawab secara professional dan mematuhi segala prosedur perundangan bolasepak antarabangsa.

“TFC telah membuat pembayaran kepada pemain import pada musim lalu lebih awal sebelum FIFA mengeluarkan keputusan rasmi, tindakan ini diambil sebagai komitmen kelab untuk menyelesaikan perkara berkenaan dengan cepat dan teratur.

“Sehubungan itu, pihak kelab telah menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi memaklumkan pembayaran yang telah dilakukan dan pada masa sama menunggu maklum balas secara rasmi daripada FIFA,” ujar kenyataan itu.

Kegagalan untuk mendaftarkan pemain baru bakal merencatkan kekuatan Terengganu FC dalam misi mencabar kejuaraan berganda Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

RELATED ARTICLES

Most Popular