HomeSukanMachuca Langgar Hukuman FIFA?

Machuca Langgar Hukuman FIFA?

Pemain warisan yang sedang menjalani penggantungan, Imanol Machuca mencuri perhatian media Argentina apabila kelibatnya dikesan berada di pusat latihan kelab lamanya San Lorenzo.

Lebih mencetuskan kontroversi dia dilaporkan terbabit dalam satu perlawanan latihan kelab itu. Sedangkan, dia digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bolasepak – berada di pusat latihan juga tidak dibenarkan apatah lagi bermain perlawanan latihan.

Justeru, timbul kebimbangan kemungkinan berlaku pelanggaran terhadap peraturan ditetapkan FIFA.

“Tindakan berada di fasiliti kelab atau terbabit dalam sebarang aktiviti berpasukan boleh dianggap sebagai tidak menghormati keputusan FIFA. Ia boleh dianggap sebagai pelanggaran peraturan yang sangat serius,” menurut laporan tersebut.

Sekiranya Machuca didapati bersalah melanggar hukuman atau peraturan itu, FIFA mempunyai kuasa untuk memanjangkan hukuman asal melebihi 12 bulan, mengenakan denda tambahan serta mengambil tindakan terhadap kelab yang didakwa memberi perlindungan atau membenarkan penggunaan fasiliti kepada pemain.

Untuk rekod, selain Machuca, turut digantung bersama Machuca adalah enam lagi pemain iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang sebelum ini sudah beraksi dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027.

RELATED ARTICLES

Most Popular