HomeSukan"Setakat Nak Baju, Nak Elaun, Tak Payahlah Bertanding"

“Setakat Nak Baju, Nak Elaun, Tak Payahlah Bertanding”

Inginkan perubahan, jangan pilih muka yang sama untuk membarisi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Demikian nasihat bekas pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar. Menurutnya keadaan semasa FAM ketika ini diketahui agak tenat dan mencabar, dan tiada apa yang akan berubah jika muka sama kembali menerajui kepimpinan badan induk itu.

“Kalau boleh janganlah muka lama atau individu yang sama terus bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa eksekutif FAM.

“Kalau setakat mahukan baju atau elaun dan hanya hadir mesyuarat sahaja, bagi saya perkara itu tidak perlu kerana FAM sekarang berada dalam keadaan yang amat mencabar.

“FAM memerlukan individu yang benar-benar berkelayakan, berani membuat keputusan serta mempunyai keupayaan untuk memacu perubahan sebenar.

“Oleh itu, FAM perlu diisi dengan individu terbaik dan bukan sekadar mereka yang ingin memegang jawatan tanpa sumbangan jelas. Keadaan semasa memerlukan komitmen tinggi dan kesungguhan untuk bekerja, bukan sekadar nama atau kedudukan,” katanya sepertimana dilaporkan Arena Metro.

Kamarul turut menekankan bahawa kepimpinan lama pada hakikatnya sudah diberi peluang untuk melakukan sesuatu selama bertahun-tahun, tetapi gagal membawa perubahan.

“Individu yang ada sebelum ini sudah terbukti tidak berjaya membawa perubahan seperti diharapkan dalam FAM. Jadi tidak ada keperluan untuk mengulangi kesilapan sama dengan memberikan peluang kepada individu sama,” katanya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan kemungkinan barisan kepimpinan Exco FAM akan dibarisi 80 hingga 90 peratus muka lama, sekaligus dibimbangi segala usaha pembersihan yang sedang dilakukan sekarang menerusi peletakan jawatan kesemua Exco FAM akhirnya akan menjadi sia-sia.

RELATED ARTICLES

Most Popular