HomeSukan"Proses Dipanggil Wakili Harimau Malaya Ketat" - Cklamovski

“Proses Dipanggil Wakili Harimau Malaya Ketat” – Cklamovski

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski menegaskan persiapan untuk perlawanan penting menentang Vietnam pada 31 Mac depan, tetap dalam landasan tepat meskipun terpaksa melupakan tujuh pemain warisan palsu yang ketika ini menjalani penggantungan.

Cklamovski akui beliau pada awalnya mengharapkan berita positif daripada CAS, namun akur keputusan tidak berpihak dan tidak mahu meratapi kehilangan mereka kerana yakin dengan skuad yang bakal dipertaruhkan.

Beliau belum mahu mendedahkan siapa yang akan dipanggil, namun memberitahu sudah memantau dan mengenalpasti beberapa pemain yang sedang berada pada prestasi terbaik.

“Kami ada proses yang ketat untuk memanggil pemain ke kem kebangsaan. Kami menilai skuad berdasarkan keperluan dan boleh membantu pasukan ini untuk berkembang. Mungkin akan ada beberapa muka baharu dalam skuad berdasarkan prestasi semasa dan tahap kesediaan mereka.

“Tetapi, saya tidak boleh katakan berapa ramai pemain itu buat masa ini kerana kami belum lagi sampai ke tahap pemilihan akhir,” kata Cklamovski.

Tambahnya lagi: “Saya rasa ada beberapa pemain berpengalaman yang boleh dipanggil dan memberi persaingan sengit kepada kesebelasan utama. Pada masa sama, ada juga beberapa pemain muda yang saya perhatikan untuk menjadi tambahan kepada skuad serta peluang untuk mereka membuktikan diri.”

Dalam laporan OtaiStation sebelum ini, Cklamovski menyatakan Faisal Halim dan Safawi Rasid adalah contoh pemain yang sedang benar-benar memukau dan berada pada tahap terbaik prestasi masing-masing ketika ini.

“Lihat saja Faisal Halim – perkembangan dia dalam tempoh 12 bulan ini cukup luar biasa dan menakjubkan. Masa awal-awal saya sampai ke Malaysia, dia tak dapat banyak minit permainan. Sekarang, dia tengah terbang tinggi.

“Safawi pula, membuktikan dia antara penyerang tempatan terbaik ketika ini. Kualiti penyudah dia bukan hanya pada kaki, tetapi juga kepala. Saya lihat dia jaringkan dua gol melalui tandukan baru-baru ini, ia kejutan yang menarik. Saya yakin dia sendiri terkejut,” ujarnya.

Selain itu, Cklamovski juga berharap urusan dokumentasi naturalisasi penyerang JDT, Bergson da Silva, dan pertahanan tengah Kuala Lumpur, Giancarlo Gallifuoco â€” akan selesai tepat pada masanya.

“Kalau mereka boleh beraksi, saya harap mereka dapat beri nilai tambah. Mereka ada mentaliti yang betul, utamakan pasukan bukan diri sendiri serta semangat yang tulen untuk negara,” tambahnya.

RELATED ARTICLES

Most Popular