HomeSukanBintang JDT Perkuat Terengganu Secara Pinjaman

Bintang JDT Perkuat Terengganu Secara Pinjaman

Pasukan Terengganu mendapat suntikan berharga bagi menghadapi saingan musim baru Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen Satu, apabila mendapat sentuhan bintang JDT, Alif Mat Amin.

Pemain berusia 27 tahun itu, bukanlah nama asing dalam kalangan penyokong Terengganu. Ini adalah kali ketiga pemain berasal dari Dungun itu menyarung jersi negeri kelahirannya selepas 2019 dan 2024.

Difahamkan Alif yang turut digelar ‘Messi of Futsal’ menyertai Terengganu secara pinjaman selama semusim. Sejak menyertai JDT pada 2025, minit permainan Alif sedikit terbatas dan kembali ke Terengganu dilihat peluang terbaik untuk menyerlahkan semula potensi serta bakatnya.

Untuk rekod pemain lincah ini turut pernah bersama Pahang Rangers, meninggalkan pasukan itu selepas membantu mereka menjulang kejuaraan berganda MPFL dan Malaysia Futsal Cup pada 2023.

Selain Alif, Terengganu turut memperkasa pasukan dengan merekrut bekas pemain kebangsaan, Iqhmal Najmi Ismail. Iqhmal sebelum ini beraksi selama dua musim bersama Pahang Rangers sebelum membuat keputusan beralih angin.

Berita Berkaitan: JDT, Pahang Rangers Berentap Seawal Minggu Pertama

Terengganu pada musim lalu beraksi dalam saingan Divisyen Dua dan mengakhiri pertandingan selaku naib juara, dikecewakan USMKK dengan beza hanya satu mata.

Pasukan itu akan membuka tirai MPFL 2026, dengan menentang PFA Odin Sarawak pada 17 Mei (Ahad).

Berikut jadual bagi Sirkit 1 (Pasir Gudang):
Sabtu (16 Mei 2026)

PFA Odin Sarawak vs KL City (10 pagi)
Wipers vs Selangor FC (1.30 tgh hari)
ATM vs Pahang Rangers (5 petang)
JDT vs USM FC (8.30 malam)

Ahad (17 Mei 2026)

PFA Odin Sarawak vs Terengganu (10 pagi)
Selangor FC vs KL City (1.30 tgh hari)
ATM vs USM FC (5 petang)
JDT vs Pahang Rangers (8.30 malam)

RELATED ARTICLES

Most Popular