HomeSukanEmmanuel Fernandez Prospek Perkuat Benteng Harimau Malaya?

Emmanuel Fernandez Prospek Perkuat Benteng Harimau Malaya?

Pertahanan tinggi lampai Peterborough United, Emmanuel Oluwasegun Fernandez dikaitkan sebagai prospek terbaharu yang akan memperkuatkan Harimau Malaya.

Dengan Revolusi Harimau Malaya telahpun bermula secara rasmi menerusi pelantikan Peter Cklamovski sebagai ketua jurulatih, penyokong boleh menjangkakan lebih banyak pengumuman selepas ini.

Baca juga: Skuad Kebangsaan Dibubar Selepas Tewas Kepada Laos

Tunku Ismail yang menjadi individu di sebalik revolusi ini, sebelum ini ada memberitahu pengumuman mengenai CEO dan Pengarah Teknikal akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Dalam masa sama baginda juga sedang bekerjasama erat dengan FIFA bagi mendapatkan data pemain warisan di luar negara.

Emmanuel Fernandez dikatakan antara yang berada dalam senarai untuk direkrut Harimau Malaya atas tiket pemain warisan dan dikatakan turut menunjukkan minat untuk terlibat di dalam revolusi ini. Tetapi sama ada dia dipertimbangkan secara serius ataupun tidak, belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak.

Difahamkan, Emmanuel Fernandez yang lahir di England mempunyai kaitan dengan Malaysia menerusi neneknya yang berasal dari Pulau Pinang. Tinjauan mendapati pemain itu turut mengikuti instagram Persatuan Bolasepak Malaysia.

Fernandez yang baru berusia 23 tahun, merupakan bekas pelatih di Brentford dan kemudian berkelana menyertai beberapa kelab divisyen rendah di England secara pinjaman antaranya Sheppey United, Margate dan Barnet.

Selain tinggi lampai, Fernandez adalah pertahanan yang boleh menjaringkan gol. Bersama Peterborough musim ini, dia menjaringkan empat gol dalam 17 penampilan.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!