HomeSukanNafuzi Dijangka Ambil Alih Tanggungjawab Cklamovski

Nafuzi Dijangka Ambil Alih Tanggungjawab Cklamovski

Ianya Nafuzi Zain, dan bukan Peter Cklamovski yang hampir pasti membimbing skuad negara di saingan Piala ASEAN yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

Ini kerana Cklamovski lebih mahu memberi tumpuan kepada perlawanan rasmi yang berlangsung dalam kalendar FIFA. Yang terdekat, perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di Hanoi pada 31 Mac yang mana Malaysia ketika ini mendahului Kumpulan F dengan 15 mata.

Manakala Piala AFF yang sentiasa dianggap “kurang penting” pula berlangsung di luar jendela FIFA.

“Masih banyak perlawanan yang perlu dilalui sebelum pemilihan akhir dibuat untuk kejohanan ini (Piala AFF). Kami akan menilai skuad dengan teliti berdasarkan faktor masa, ketersediaan pemain dan apa yang paling baik untuk kepentingan pemain serta objektif pasukan kebangsaan,” kata pengendali dari Australia itu sepertimana dilaporkan NST Sports.

“Buat masa ini, fokus penuh saya adalah terhadap persiapan perlawanan menentang Vietnam — untuk memenangi kumpulan dan mengesahkan kelayakan ke Piala Asia.

“Piala AFF yang berlangsung di luar jendela FIFA memang tidak ideal, namun ia tetap memberi manfaat jangka panjang — memberi peluang kepada pemain-pemain baharu dan mengukuhkan kedalaman kumpulan pemain pasukan kebangsaan bagi kejohanan akan datang.”

Bagi saingan Piala AFF, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Filipina, Myanmar dan Laos. Memandangkan kejohanan itu berlangsung di luar jendela FIFA dari 24 Julai hingga 26 Ogos, Cklamovski dijangka menurunkan barisan pemain baharu.

Pengendali berusia 47 tahun itu mendedahkan beliau telah mengadakan perbincangan dengan FAM mengenai tanggungjawab membawa skuad Piala AFF diserahkan kepada Nafuzi yang juga jurulatih skuad B-23 kebangsaan.

“Saya telah berbincang dengan FAM dan kami bersependapat mengenai senario yang ada di hadapan kami. Sama ada saya atau Nafuzi yang mengetuai pasukan dalam kejohanan ini, kedua-duanya kami anggap sebagai satu penghormatan besar dan tanggungjawab yang kami hormati sepenuhnya.”

RELATED ARTICLES

Most Popular