HomeNostalgiaN'Golo Kante Jenis Sayang Duit, Makan Tak Reti Nak Bayar

N’Golo Kante Jenis Sayang Duit, Makan Tak Reti Nak Bayar

N’Golo Kante boleh dikatakan antara pemain paling disenangi dan bebas kontroversi dalam bolasepak.

Walaupun berstatus salah seorang pemain defensif midfield terbaik dunia di generasinya, dia sentiasa diketahui sebagai seorang yang low-profile.

Dia juga tidak sukakan kehidupan mewah yang sentiasa menjadi dambaan pemain bolasepak.

Begitupun, sesuci-suci Kante pun ada juga hari dia buat perangai, sepertimana didedahkan bekas rakan sepasukannya ketika di Chelsea – David Luiz dan Willian – suatu masa dahulu.

Duo Brazil itu yang merupakan pemilik bersama Babbo, sebuah restoran Italy mewah di Mayfair, London, berkata setiap kali mengunjungi restoran mereka itu, Kante akan ‘chow’ tanpa bayar.

Kante Bayar Dengan ‘Senyuman’

“Mereka (pemain-pemain) suka datang sini, sebab bila datang sini kadang-kadang mereka tak mahu bayar, terutamanya N’Golo.

“Punyalah sayang duit, tahu datang nak makan percuma ajer,” ujar Luiz sambil tergelak kepada Chelsea TV.

Willian pula menambah, “Kalau awak suruh dia bayar, reaksi dia macam .. ‘ehh saya kena bayar ke, seriusla, oh tidak, come on Willian, awak dan Luiz orang yang baik, ada hati yang murni, kira belanja jer laa yer.

“Kalau cakap kuat-kuat suruh bayar bill makan depan pemain lain sekalipun, dia akan cakap ‘aku tak nak bayar’ dan ‘chow’ sambil senyum nakal.”

Baca juga: Mengenang Peraturan Golden Goal Dalam Bolasepak

N’Golo, Luiz dan Willian beraksi sebagai rakan sepasukan di Chelsea selama tiga musim.

Mereka membantu pasukan itu menjuarai Liga Perdana Inggeris pada 2016/17, Piala FA pada 2017/18 dan Piala Europa pada 2018/19.

Masing-masing membawa haluan sendiri bermula dengan Luiz pada 2019, Willian pada 2020 dan Kante pula keluar pada 2023.

Kante yang juga pemenang Piala Dunia bersama Perancis pada 2018, ketika ini beraksi di Arab Saudi bersama Al-Ittihad.

Dia juga pernah dinobatkan Pemain Terbaik Tahunan Premier League pada 2016/17 selain Pemain Terbaik Tahunan Perancis 2017.

Manakala David Luiz pula kembali ke Brazil untuk bersama Flamengo dan Willian meneruskan karier di Greece bersama Olympiacos.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!