HomeSukanPiala Malaysia: Selangor Terus Kempunan Buat Tahun Ke-9

Piala Malaysia: Selangor Terus Kempunan Buat Tahun Ke-9

Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor ditunjukkan jalan keluar dari saingan Piala Malaysia musim ini setelah kecundang kepada Sri Pahang di laman sendiri.

Ini menyaksikan hasrat skuad Red Giants untuk mengintai kejuaraan Piala Malaysia tidak kesampaian, kempunan buat tahun kesembilan. Kali terakhir mereka melakukannya adalah pada 2015 dengan menewaskan Kedah.

Sri Pahang pula, mengulangi pencapaian musim lalu untuk mara suku akhir. Tahun sebelumnya skuad Fandi Ahmad tersingkir awal daripada saingan Piala Malaysia.

Baca juga: Shahrul Nizam kini pemain pertahanan kedua termahal Liga Malaysia

Setelah seri 1-1 di Temerloh tempoh hari, kedua-dua pasukan turun dengan misi memburu jaringan awal. Namun ternyata ketumpulan serangan merencatkan kedua-dua pasukan.

Sri Pahang berada di depan pada minit ke-25 setelah Manuel Hidalgo menyudahkan sepakan penalti, menewaskan Azim Al Amin di gawang Selangor.

Penalti dihadiahkan selepas Harith Haikal menjatuhkan Mykola Ahapov.

Skuad kendalian Katsuhito Kinoshi tampil lebih agresif di babak kedua dan berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi Ali Olwan. Namun ia kemudian dibatalkan setelah pemeriksaan VAR.

Bagaimanapun mereka berjaya mengikat kedudukan menerusi tandukan kapten pasukan Safuwan Baharudin pada minit ke-77.

Hasrat tuan rumah untuk memburu gol kemenangan dinafikan ketangkasan Zarif Irfan yang tampil cemerlang. Dan ketika mereka rancak memburu jaringan, Sri Pahang mendapat satu lagi penalti yang disudahkan oleh Sergio Aguero.

Kekalahan turut menyaksikan Kinoshi masih belum merasa nikmat kemenangan selepas dilantik sebagai ketua jurulatih baru Selangor.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!