HomeSukanRodrigo Holgado Mungkin Tak Jadi Bersara

Rodrigo Holgado Mungkin Tak Jadi Bersara

Belum ada apa-apa yang pasti mengenai masa depan Rodrigo Holgado walaupun khabar angin bertiup kencang mengatakan pemain itu sedang mempertimbangkan hasrat untuk bersara daripada bolasepak.

Media antarabangsa Bambino Quintero sebelum ini melaporkan pemain berusia 30 tahun itu bakal menggantung but susulan digantung 12 bulan oleh FIFA kerana kesalahan pemalsuan dokumen.

Namun begitu, beberapa media tempatan Chile melaporkan Rodrigo berminat untuk kembali beraksi di Chile, negara di mana dia memulakan kerjaya profesional bersama Coquimbo Unido pada 2018.

Ketika ini dia masih berkontrak dengan kelab Colombia, America de Cali, namun tidak dibayar gaji sepanjang tempoh penggantungan.

Holgado memberi bayangan mengenai masa depannya menerusi jawapan ringkas di ruangan komen Instagram wartawan Maestro Pinchaguero, dengan membalas ‘kenapa tidak’ apabila ditanya mengenai kemungkinan kembali beraksi.

Laporan turut mendedahkan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi mencabar hukuman yang dikenakan ke atas pemain terbabit, dengan perkembangan lanjut dijangka diketahui dalam minggu ini.

Sebelum ini, portal En Chanca melaporkan Pengurus Besar Coquimbo Unido, Pablo Morales, menegaskan hubungan erat kelab itu dan Holgado masih kekal meskipun pemain berkenaan terpalit isu disiplin FIFA.

“Coquimbo Unido akan sentiasa menjadi rumah kepada Rodrigo Holgado. Dia mengenal pasti dirinya dengan warna kelab ini, malah lambang kelab itu ditatu pada tubuhnya. Ini rumahnya,” kata Morales.

Pada masa sama, Morales turut menyatakan bahawa kelab terbabit sentiasa terbuka kepada pemain terbabit jika mahu beraksi kelak.

“Jika pada bila-bila masa dia memutuskan untuk kembali ke wilayah ini, pintu kelab akan sentiasa terbuka,” katanya.

Holgado, yang berasal dari Argentina, sebelum ini mencuri perhatian ketika menyarung jersi Harimau Malaya dan menjadi antara tonggak serangan negara. Dia menjaringkan satu gol ketika menewaskan Vietnam.

Kehadirannya kembali ke padang dijangka memberi impak besar, bukan sahaja kepada kelab yang bakal menandatangani beliau, tetapi juga kepada perkembangan bola sepak tempatan.

RELATED ARTICLES

Most Popular