HomeSukanSaintis Australia Ketua Prestasi Tinggi Harimau Malaya

Saintis Australia Ketua Prestasi Tinggi Harimau Malaya

Saintis terkemuka Australia, Dr Craig Duncan diumumkan sebagai Ketua Prestasi Tinggi & Perubatan Sukan pasukan kebangsaan, pada Khamis.

Ia adalah antara jawatan utama dalam struktur organisasi baharu bagi revolusi skuad Harimau Malaya.

Untuk makluman, Dr. Craig membawa bersama pengalaman yang cukup luas, seperti:

i) Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Performance Intelligence Agency selama 15 tahun sejak dari 2009 hingga kini.

ii) Pernah menjadi Ketua Sains Sukan di Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) selama empat tahun dari 2014 hingga 2018.

iii) Merupakan Pensyarah Kanan Senaman dan Sains Sukan di Australian Catholic University (ACU) sejak 2013 hingga kini yang mana beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Sains Sukan dan Senaman dari University of Sydney dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dari Deakin University.

iv) Merupakan Penasihat di Elite Performance Partners sejak dari 2021 hingga kini.

Berdasarkan pengalaman luas dan kepakaran beliau dalam bidang prestasi manusia, tugas Dr. Craig di FAM sebagai Ketua Prestasi Tinggi & Perubatan Sukan pasukan kebangsaan adalah bertanggungjawab dalam mengetuai hal-hal berkaitan prestasi tinggi; kecergasan fizikal, pemulihan dan sains sukan; pemakanan dan psikologi sukan serta pembangunan kakitangan.

Pendekatan Dr. Craig yang inovatif dan holistik terhadap pengurusan pemain telah membolehkan pasukan berprestasi tinggi memaksimumkan prestasi dan menurunkan kadar kecederaan dalam atlet profesional mereka.

Pencapaian Luar Biasa

Dr. Craig hadir dengan pencapaian cukup luar biasa membanggakan.

i) Beliau bekerja dengan Sydney FC apabila mereka memenangi kejuaraan Liga-A.

ii) Bekerja dengan Western Sydney Wanderers apabila mereka menjadi pasukan Australia pertama memenangi Liga Juara-Juara Asia pada 2014.

iii) Bekerja dengan pasukan NSW untuk menamatkan kemarau kejuaraan pada siri State of Origin pada 2014 dan 2018.

iv) Bekerja dengan Socceroos apabila mereka muncul juara Piala Asia pada 2015.

v) Menyelia program prestasi tinggi pasukan kebangsaan Iran apabila mereka mara ke separuh akhir Piala Asia 2019.

Di FAM nanti, Dr. Craig telah meletakkan visi bagi mewujudkan rangka kerja prestasi tinggi bertaraf dunia untuk sains sukan dan perubatan sukan; membolehkan pasukan senior, junior dan wanita kebangsaan mencapai kejayaan yang berterusan sambil memupuk budaya prestasi tinggi di semua peringkat bola sepak di Malaysia.

Manakala bagi misi pula, Dr. Craig mahu mengintegrasikan amalan sains sukan dan perubatan termaju merentas semua pasukan kebangsaan dan liga bola sepak Malaysia; meningkatkan prestasi pemain, pemulihan dan daya tahan melalui protokol piawai, program pendidikan dan teknologi termaju.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!