HomeSukanTMJ Ingatkan Jojo : "Ramai Akan Cari Sebab Untuk Membenci"

TMJ Ingatkan Jojo : “Ramai Akan Cari Sebab Untuk Membenci”

Posting instagram jaguh Muaythai negara, Johan Ghazali mendapat perhatian Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Johan atau dikenali Jojo, memuatnaik beberapa gambar menayangkan topi aluminium premium edisi khas TMJ “The game is rigged” dengan caption “Don’t hate the player, hate the game” membuatkan beliau terpanggil meninggalkan pesanan serta nasihat kepada Jojo.

“Ramai akan mencari alasan untuk membenci, hanya sebilangan akan membangkitkan (semangat). Teruskan jadi diri sendiri, sang juara, semoga Allah memberkati awak,” tulis TMJ dan ia disambut Johan dengan ucapan terima kasih atas sokongan diberikan beliau.

Untuk makluman, Jojo selepas ini akan menyertai kem latihan intensif di Superbon Training Camp Bangkok sebelum menandatangani kontrak rasmi bagi pertarungan ONE Championship yang seterusnya.

“Saya boleh katakan perlawanan akan datang ini adalah antara pertarungan yang paling besar dalam karier saya. Saya juga ingin meminta semua mendoakan kejayaan dan keselamatan saya dan insya-Allah demi negara Malaysia, saya akan buktikan Malaysia boleh,” katanya.

Jojo sebelum ini pernah menyuarakan hasrat mahu berdepan nama besar dalam arena muay thai seperti Denis Puric dan Freddie Haggerty, sekali gus membuka kemungkinan pertembungan dengan salah seorang daripada mereka.

Sekiranya pertarungan itu membabitkan nama besar, ia dijangka menjadi cabaran paling sukar buat Jojo sepanjang kariernya dalam ONE Championship.

Kali terakhir Jojo beraksi, Februari lalu apabila dia menewaskan petarung Myanmar, Ye Yint Naung menerusi keputusan sebulat suara pada ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Setakat ini, Jojo sudah membuat 11 penampilan dalam ONE Championship dengan lapan kemenangan termasuk lima knockout (KO) dan satu technical knockout (TKO), selain tiga kekalahan.

RELATED ARTICLES

Most Popular