HomeSukanTundukkan Pandangan, Tindakan Tengku Hazman Raih Pujian

Tundukkan Pandangan, Tindakan Tengku Hazman Raih Pujian

Tengku Hazman Raja Hassan mungkin belum berjaya untuk merubah nasib Terengganu FC, terbaru kekalahan kepada KL City pada Jumaat menyaksikan pasukan itu semakin jauh dari kelompok empat teratas.

Ini sekaligus mengundang kritikan ke atas pengendali kelahiran Kelantan ini yang cuma menang satu daripada lima aksi terakhir dalam semua pertandingan.

Begitupun di sebalik hujan kritikan atas prestasi semasa, Tengku Hazman tiba-tiba mencuri perhatian berikutan tular klip yang menunjukkan bahasa tubuhnya ketika ditemuramah hos MFL pada sesi latihan menjelang perlawanan.

Temubual pra-perlawanan adalah rutin biasa, namun klip tersebut nampak sedikit ‘mahal’ kerana Tengku Hazman menundukkan pandangan dan tidak langsung memandang hos wanita yang berpakaian tidak sesuai (mencolok mata) lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Di media sosial, tindakan Tengku Hazman ini mendapat pujian dan sanjungan tinggi daripada rata-rata penyokong yang berpendapat beliau bukan sahaja menjaga pandangan mata, tetapi mempamer disiplin dan jati diri seorang muslim.

“Tindakan profesional Coach Tengku Hazman yang menundukkan serta menjaga pandangan sewaktu ditemu bual seorang pengacara wanita wajar diberikan penghargaan. Semoga budaya baik ini terus mekar dan menjadi ikutan,” menurut posting di fan page We Bleed Black & White.

Dalam masa sama, klip tersebut turut membuka ruang kepada satu lagi perbincangan dalam kalangan penyokong yang menegur dan mempersoalkan penampilan serta pemakaian hos wanita tersebut.

Rata-rata penyokong beranggapan hos perlu lebih sensitif dan memberi perhatian dalam pemilihan pakaian yang sesuai dengan suasana dan menutup aurat dengan sempurna seterusnya tidak dilabel sebagai menghina kemuliaan bulan puasa.

“Sepatutnya pihak kelab dan pengurusan stadium SSMZA dok lok (tidak membenarkan) pengacara pakai gitu masuk. Bukan sebelum ni Terengganu ada garis panduan ke mana-mana artis ke apa hok nok mari (yang nak datang) Terengganu kena pakai sopan? Papan iklan pun tutup aurat comel,” ujar Jul Din.

Manakala Alif Ludin menulis: “Kena ada garis panduan berpakaian menutup aurat masuk stadium termasuk wartawan… Olooo wartawan pun bulan puasa ni.”

RELATED ARTICLES

Most Popular