HomeSukan"Bawa Saya Ke Mahkamah" - TMJ

“Bawa Saya Ke Mahkamah” – TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) sedia bertanggungjawab atas kontroversi pemalsuan dokumen sekiranya dibuktikan ada penglibatan baginda dalam kemelut tersebut.

Seorang pengguna di aplikasi X menulis: “TMJ kena bertanggungjawab atas kepalsuan ini, kami tak lupa. Nak bagi alasan isu dalaman takkanlah akaun X kena hack dengan hacker untuk bagitahu dah jumpa pemain warisan. Ni bukan kes 1MDB Najib yang sah mahkamah tak boleh terima akal alasan beliau.”

Keputusan terkini Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah menolak rayuan FAM serta tujuh pemain yang sebelum ini mengaku berdarah Malaysia. Ironinya tujuh pemain ini, dicari oleh Tunku Mahkota Ismail dan team pengurusan Harimau Malaya yang diketuai Rob Friend.

Justeru, sebagai reaksi kepada kenyataan tersebut, TMJ menegaskan bahawa baginda bersedia berdepan tindakan undang-undang sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mempunyai bukti kukuh mengaitkan baginda dengan pemalsuan dokumen tersebut.

“Setuju! Saya ada cadangan yang lebih baik. Beramai-ramai bawa saya ke mahkamah dengan apa sahaja bukti yang ada. Please,” kata baginda.

Terdahulu pada Khamis, CAS membuat keputusan mengekalkan penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain iaitu Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Imanol Machuca dan Joao Figueireido atas kesalahan bersubahat dalam pemalsuan dokumen.

Bagaimanapun, CAS meringankan hukuman apabila penggantungan berkenaan hanya terpakai untuk aksi perlawanan rasmi sahaja dan bukannya menghalang mereka daripada menyertai mana-mana aktiviti lain yang berkaitan dengan bola sepak.

Denda terhadap FAM pula dikekalkan sepenuhnya, iaitu sebanyak CHF350,000 (dianggarkan kira-kira RM1.8 juta).

RELATED ARTICLES

Most Popular