HomeSukan"Vietnam Risau Dengan Standard Malaysia" - Safee

“Vietnam Risau Dengan Standard Malaysia” – Safee

Bukan Malaysia, tetapi Vietnam yang sepatutnya risau menjelang pertembungan kedua-dua pasukan itu dalam aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 pada 31 Mac depan.

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, berkata ini kerana Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski sudah menetapkan satu standard yang tinggi dan sepatutnya hanya fokus untuk mengekalkan momentum.

“Sekarang kita sudah ada satu standard yang mereka risau. Sudah tentu mereka terfikir-fikir bagaimana untuk memberhentikan pasukan kita. Jadi oleh itu, kita hanya perlu teruskan momentum itu dan fokus kepada kekuatan sendiri. Kita tidak perlu gentar,” katanya kepada Arena Metro.

Ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi pusingan pertama di Bukit Jalil, skuad negara melakar kemenangan besar 4-0 menerusi jaringan Joao Figueireido, Rodrigo Holgado, Corbin Ong dan Dion Cools yang sekaligus menamatkan badi 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam.

Bagaimanapun kesemua tujuh pemain warisan yang beraksi pada malam itu – Figueireido, Holgado, Jon Irazabal, Gabriel Palmero, Hector Hevel, Imanol Machuca dan Facundo Garces – tidak dapat beraksi kali ini kerana menjalani penggantungan 12 bulan atas dakwaan pemalsuan dokumen kelayakan.

Namun, Harimau Malaya dijangka akan mendapat sentuhan dua pemain baru iaitu Bergson da Silva dan Giancarlo Gallifuoco yang sedang dalam proses dinaturalisasikan. Selain itu beberapa pemain tempatan juga tampak berada pada prestasi terbaik antaranya Faisal Halim, Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah.

Malaysia setakat ini sedang menerajui Kumpulan F dengan 15 mata hasil lima kemenangan, dan kemenangan ke atas Vietnam adalah cukup penting bukan sahaja untuk menamatkan pusingan kelayakan dengan rekod sempurna, tetapi ia akan membawa skuad negara layak ke Piala Asia di Arab Saudi.

Bagaimanapun ia masih tertakluk kepada keputusan AFC. Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu masih belum memutuskan jika kemenangan Malaysia ke atas Nepal dan Vietnam pada pusingan pertama dibatalkan atau adakah kemungkinan disingkirkan terus daripada pusingan kelayakan.

RELATED ARTICLES

Most Popular