HomeSukan"Pulanglah Dengan Bermaruah"

“Pulanglah Dengan Bermaruah”

Pantang maut sebelum ajal, pantang mundur sebelum kalah. Itu mentaliti yang patut ada dalam diri setiap pemain Harimau Malaya apabila turun menentang Vietnam pada Selasa nanti, menurut bekas jurulatih kebangsaan Datuk Dollah Salleh.

Tegas beliau, walaupun perlawanan tersebut sudah tidak membawa sebarang makna, tiada istilah main sekadar untuk melengkapkan jadual. Sebaliknya, beliau mahu pemain-pemain tebus malu dan melangkah keluar dari padang dengan penuh bermaruah selepas bolasepak Malaysia terpalit dengan skandal pemalsuan dokumen pemain warisan.

“Mentaliti kena kuat, mereka kena terapkan dalam diri nak menang dengan apa cara sekalipun, bukannya anggap kita sudah tersingkir jadi tak menang pun tak apa. Kita pernah menang dulu di gelanggang mereka, kita kena buktikan kali ini pun kita boleh lakukannya meskipun tanpa tujuh pemain warisan yang digantung.

“Saya tengok pemain-pemain yang ada pun semuanya berkualiti dan dilihat lebih bersedia berbanding zaman saya pada 2014. Jika kita menang, kita boleh tutup mulut mereka yang mengatakan kita hanya harapkan pemain warisan untuk menang. Kita boleh tebus malu dan memulihkan maruah negara,” kata Dollah kepada BH Sukan.

Untuk makluman, Dollah merupakan jurulatih terakhir Malaysia yang menang di bumi Vietnam pada 2014, dalam aksi separuh akhir Piala AFF. Lebih manis, beliau melakukannya tanpa seorangpun pemain warisan atau naturalisasi.

Skuad negara yang ketika itu bertandang ke Hanoi dengan ketinggalan agregat 2-1, menang 4-2 menerusi jaringan Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Dinh Thien Tanh (gol sendiri) dan Shukor Adan untuk layak ke final dengan agregat 5-4.

Selepas itu Harimau Malaya tidak pernah menang ke atas Vietnam sehinggalah kemenangan 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac 2025 sekaligus menoktahkan badi 11 tahun.

Bagaimanapun, kegembiraan itu diragut genap setahun kemudian, setelah kemenangan tersebut dibatalkan AFC malah diisytihar kalah 3-0 kerana menurunkan pemain warisan yang tidak berkelayakan.

RELATED ARTICLES

Most Popular