HomeSukanSabah Sah Tarik Diri Musim Baru

Sabah Sah Tarik Diri Musim Baru

Musim baru saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2026 akan berlangsung membabitkan hanya sembilan pasukan selepas Sabah membuat keputusan menarik diri.

Meskipun tiada kenyataan rasmi dibuat oleh pasukan Borneo itu yang mewarnai saingan MPFL sejak musim 2023, namun ketiadaan mereka dalam jadual pertandingan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan perkara tersebut.

Sebelum ini, FAM telah merangka (draft) jadual perlawanan bagi pertandingan musim baru yang akan diadakan secara karnival, dengan lima perlawanan sehari membabitkan 10 pasukan yang telah mengesahkan penyertaan: Johor Darul Takzim (juara bertahan), Selangor FC, Pahang Rangers FC, Sabah, KL City, PFA Odin Sarawak, USM, Terengganu, ATM dan Wipers.

Bagaimanapun jadual itu kemudian dirombak, dengan kemaskini terbaru menyaksikan tiada nama Sabah dan empat perlawanan akan berlangsung dalam sehari.

Untuk rekod, pencapaian Sabah sepanjang menyertai MPFL adalah mara ke suku akhir pada 2023, tempat kelima pada 2024 dan pencapaian terbaik menduduki tempat keempat pada 2025.

Mereka juga mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia Futsal pada musim lalu, sebelum disingkirkan Selangor dengan agregat 9-3.

Saingan musim 2026 kembali dilangsungkan secara karnival sepertimana musim 2022, atas faktor penjimatan kos penganjuran serta mengambil kira faktor-faktor sampingan lain. Hanya tiga venue yang akan terlibat iaitu Stadium Pasir Gudang, Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam dan Stadium SUKPA Kuantan.

Dua sirkit pertama (Matchday 1 – Matchday 4) dijadual berlangsung di Pasir Gudang, disusuli sirkit ketiga (Matchday 5 & 6) di Panasonic dan sirkit keempat (Matchday 7 & 8) di SUKPA.

Berikut jadual bagi Sirkit 1 (Pasir Gudang):
Sabtu (16 Mei 2026)

PFA Odin Sarawak vs KL City (10 pagi)
Wipers vs Selangor FC (1.30 tgh hari)
ATM vs Pahang Rangers (5 petang)
JDT vs USM FC (8.30 malam)

Ahad (17 Mei 2026)

PFA Odin Sarawak vs Terengganu (10 pagi)
Selangor FC vs KL City (1.30 tgh hari)
ATM vs USM FC (5 petang)
JDT vs Pahang Rangers (8.30 malam)

RELATED ARTICLES

Most Popular