HomeSukanInsiden Mercun Cemar Imej JDT, Ujar Pengkritik Sukan

Insiden Mercun Cemar Imej JDT, Ujar Pengkritik Sukan

Kelab Liga Malaysia dinasihatkan supaya memberi penekanan dan usaha yang lebih di dalam mendidik penyokong daripada melakukan provokasi dan mencetus gangguan tidak sepatutnya kepada pasukan lawan.

Pengkritik sukan, Dr Zulakbal Abd Karim berkata demikian sebagai merujuk kepada insiden waktu tidur dan rehat pemain-pemain Pohang Steelers diganggu dengan bunyi mercun di luar hotel penginapan mereka, sebelum aksi Asian Champions League Elite menentang JDT pada Selasa lalu.

Perlawanan itu berkesudahan dengan wakil Korea Selatan itu tewas 2-5, dengan jurulatih Pohang Steelers Park Tae-ha menyelar tindakan membakar mercun itu sebagai perbuatan tidak profesional dan beretika.

“ACLE sebuah pertandingan berprestij di bawah kalendar FIFA, kita perlu bertanding secara baik dan profesional, perlu menghormati dan memahami lawan. Tak perlu buat provokasi. Saya tidak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku,” kata Tae-ha dalam sidang media selepas perlawanan.

Baca Juga: “Nak Lawan Kena Profesional, Saling Hormat dan Elak Provokasi”

Menurut Zulakbal, insiden berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan berharap ia tidak berulang di masa akan datang.

“Kelab perlu mendidik penyokong mereka, insiden seperti ini tidak boleh berulang. Perbuatan tidak profesional dan tidak beretika bukanlah baru dalam Liga Malaysia, kita sudah jumpa banyak kes sebelum ini. Tetapi usaha perlu ada untuk membanteras dan menghentikannya daripada berlaku lagi.

“Apabila jurulatih Pohang menyebut tentang perkara ini di sidang media, yang mana media antarabangsa juga ada, ia secara langsung menjejaskan, memburukkan imej JDT sekali.

“Malah laporan juga dibuat kepada AFC, jadi ia sedikit sebanyak memberi kesan buruk,” ujar Zulakbal yang juga pemegang Diploma Kejurulatihan Profesional Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Justeru, Zulakbal juga menggesa penyokong supaya tidak terlalu mengikut perasaan ataupun emosi di dalam bertindak.

“Sebaliknya tunjuk sokongan kepada pasukan secara profesional dan biarkan pasukan anda membuktikan di atas padang. Menimbulkan provokasi atau kekecohan di luar padang tidak akan menjadikan pasukan anda bagus,” katanya.

Rujukan : Fireworks Incidents Tarnishes JDT’s Image, Says Sports Critic

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!